Utusan Borneo (Sabah)

Nur menang besar di DFKL 2019, Janna Nick aktres pilihan

-

MALAM kemuncak Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019 menyaksika­n drama rantaian Nur edaran Radius One Sdn Bhd mendominas­i selepas meraih enam trofi utama termasuk Drama Pilihan.

Syafiq Kyle selaku pelakon utama drama itu juga turut diumumkan sebagai Aktor Pilihan hasil lakonan mantapnya sebagai Ustaz Adam dalam acara anugerah yang disiarkan secara langsung di TV3 dari Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC) pada malam Ahad lepas.

Amyra Rosli yang menghidupk­an watak Nur terpaksa akur dengan kemahuan peminat yang memilih Janna Nick sebagai Aktres Pilihan menerusi wataknya dalam ‘Semerah Cinta Humairah’.

Bagaimanap­un, keserasian antara Syafiq dan Amyra sebagai pasangan yang harus berdepan dengan pelbagai halangan untuk bersatu dalam drama itu membolehka­n mereka memenangi kategori Pasangan Pilihan.

Azhan Rani mengukuhka­n lagi penguasaan Nur yang disiarkan menerusi slot Samarinda

TV3, tahun lalu apabila dinobatkan sebagai

Antagonis Pilihan.

Drama Nur yang sering meniti di bibir para penonton drama tempatan ketika ditayangka­n pada Ramadan thun lepas melabuhkan tirainya dengan jumlah tontonan 11 juta keseluruha­nnya selama 19 episod.

Antara rating puncak yang turut menyumbang­kan kepada penularan drama ini adalah episod 16, di mana babak lucu Aisyah (lakonan Noorkhiria­h) menyangkak­an sup bunjut sebuah tangkal ilmu hitam.

Babak itu turut mendapat perhatian sebuah syarikat pengeluar sup bunjut untuk menjadikan Noorkhiria­h sebagai duta mereka. Di platform digital pula, drama ini telah mencatat lebih daripada 500,000 tontonan di video portal tonton dalam masa kurang dari sebulan.

Diterbitka­n oleh Radius One Sdn Bhd, selain Amyra Rosli dan Syafiq Kyle, drama ini turut dibintangi Riena Diana DFKL, Datuk Jalaluddin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiria­h, Azhan Rani, Laila Nasir dan Raja Atiq.

Bermula dengan kisah Adam, seorang anak kepada penceramah terkenal, Datuk Ayah Haji Mukhsin. Setelah Adam menamatkan pelajarann­ya dari Timur Tengah, Adam kembali ke Malaysia untuk menyambung legasi ayahnya.

Ketika itu, Adam berkenalan dengan seorang wanita misteri yang juga merupakan seorang pelacur, Nur. Apabila Adam mula jatuh hati kepada Nur, keluarga Adam pula membantah hubungan mereka kerana menganggap Nur itu seorang perempuan jijik dan tidak setaraf.

Hubungan mereka ditentang hebat sehingga mereka bercerai. Namun, seperti yang telah disaksikan 3.5 juta penonton pada episod akhirnya, Ustaz Adam dan Nur akhirnya rujuk semula dan memulakan kehidupan yang baharu.

Anugerah DFKL 2019 dihoskan oleh Awal Ashaari manakala Amyra, Remy Ishak, Izzue Islam, Fatin Afifah, Datuk Fizz Fairuz, Hannah Delisha, Zara Zya, Naim Daniel, Edika Yusuf dan Rozita Che Wan bertindak sebagai penyampai.

Para pemenang diundi sepenuhnya oleh warga net menerusi laman sesawang rasmi anugerah www.dfkl. com.my dari 1 Februari hingga 25 Mac lepas.

Acara pada malam itu dimulakan dengan persembaha­n daripada penyanyi Hazama yang menyanyika­n lagu ‘Opera Hidup’ dan ‘Panglipurl­ara’ selain turut diserikan dengan penampilan bekas peserta Mentor Pasya, Zaim, Hafiz Suip, kumpulan De Fam, Sarah Suhairi dan penyanyi terkenal Anuar Zain.

MENGENAI DFKL

Drama Festival Kuala Lumpur (secara rasmi disingkat sebagai DFKL) ialah anugerah majlis tahunan Malaysia yang mengiktira­f pencapaian sinematik dalam industri televisyen, khususnya drama dan telefilem yang dianjurkan oleh dua rangkaian televisyen milik Media Prima Berhad, TV3 dan TV9.

Bermula sebagai seminar dan bengkel televisyen yang diadakan pada 20 dan 21 Februari 2014, majlis anugerah pertama DFKL diadakan pada 22 Februari.

Penganjura­n DFKL adalah setara dengan Festival Filem Malaysia yang mengiktira­f karyawan filem Malaysia dan Anugerah Industri Muzik yang mengiktira­f karyawan industri muzik Malaysia.

 ??  ??
 ??  ?? AKTRES PILIHAN Janna Nick (Semerah Cinta Humairah)
AKTRES PILIHAN Janna Nick (Semerah Cinta Humairah)
 ??  ?? PASANGAN PILIHAN Syafiq Kyle & Amyra Rosli (Nur).
PASANGAN PILIHAN Syafiq Kyle & Amyra Rosli (Nur).
 ??  ?? DRAMA PILIHAN Nur (Radius One Sdn Bhd).
DRAMA PILIHAN Nur (Radius One Sdn Bhd).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia