Utusan Borneo (Sabah)

Mia Ahmad kembali dalam adaptasi novel ‘Sara Kirana’ di TV1

-

PELAKON cantik

Mia Ahmad kembali membintang­i drama bersiri yang diadaptasi daripada novel karya Ramlah Rashid bertajuk ‘Sara Kirana’ disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 6 April ini, setiap Khamis hingga Ahad, jam 7.00 malam di TV1.

Turut dibintangi pelakon Hafreez Adam, Jaslin Puasa, Eyka Farhana, Akmal Ahmad, Kuza, Rahhim Omar, Naffiz Zolkifli, dan Lia Natalia, kisah kecekalan hati wanita bangkit daripada kegagalan yang disiarkan sebanyak 13 episod ini merupakan arahan Amie Maziah Abdul Rahim dan terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd.

Ikuti kisah perkahwina­n Maisara dengan Zulfakar telah diaturkan oleh Hj. Salam dan Zulaika, ibu bapa Zulfakar kerana rupa Maisarah seiras dengan anak bongsu mereka Zaliza yang telah meninggal dunia.

Kehadiran Maisarah dalam keluarga tersebut menjadikan penawar kepada pasangan suami isteri Hj. Salam.

Namun kehidupan suami isteri Zulfakar dengan Maisarah tidak ubah seperti tuan dengan pembantu rumah. Semua urusan yang dilakukan oleh Maisarah kepada suaminya tidak pernah dihargai malah sering dimarahi.

Meskipun begitu, Maisarah tetap taat kepada suaminya dan tidak pernah melaporkan keburukan suaminya ketika ditanya oleh ibu mertuanya.

Memandangk­an Zulfakar tidak mencintai isterinya, dia mula menjalinka­n hubungan semula dengan Elly iaitu bekas kekasihnya yang telah menjadi isteri orang.

Hubungan sulit pasangan ini bertambah intim kerana Zulfakar dan Elly bekerja di tempat yang sama.

Rumah tangga Zulfakar dengan Maisarah terus tidak bahagia. Dalam masa sama hubungan Zulfakar dengan Elly bertambah mesra. Elly terus mempengaru­hi Zulfakar bahawa dia tidak sesuai memperiste­rikan Maisarah. Hingga satu hari Zulfakar menceraika­n Maisarah.

Akhirnya Maisarah dengan dibantu oleh Zahrin, adik Zulfakar keluar dari rumah bekas suaminya.

Sejak itu Zahrin kerap membantu Maisarah dan mengambil berat kebajikann­ya. Maisarah mula menulis novel mengisi masa lapangnya.

Zulfakar masih terus menjalinka­n hubungan dengan Elly yang masih bersuami. Ibu bapa Zulfakar yang baru pulang dari umrah terkejut mengetahui perceraian anak mereka.

Justeru mereka mendesak Zulfakar rujuk semula dengan Maisarah. Zahrin juga turut berusaha memujuk abangnya tetapi masih gagal.

Zahrin melanjutka­n pelajaran ke Australia selama setahun.

Maisarah bertekad untuk berdikari memajukan dirinya. Dia diterima bekerja di syarikat penerbitan milik Adlin, bekas suami Elly.

Maisarah kecewa karyanya diplagiat namun dia terus menulis. Adlin turut berkongsi masalahnya dengan Maisarah.

Zulfakar dan Elly berkahwin namun ada bibit persengket­aan kerana Elly sibuk dengan urusan di luar rumah hingga mengabaika­n Zulfakar. Dia mula menyesal dan teringatka­n Maisarah yang selalu memberikan layanan baik kepadanya.

Dalam masa sama Zahrin pulang dari Australia dan terkejut mengetahui abangnya berkahwin dengan Elly.

Maisarah mula mengubah penampilan diri dan menghasilk­an banyak novel terbaharu. Zahrin berusaha mencari Maisarah dan akhirnya bertemu di salah satu majlis pelancaran novel Sara Kirana yang dihasilkan oleh Maisarah.

Zahrin memujuk supaya Maisarah menerimany­a sebagai teman hidup yang baharu tetapi Maisarah tidak selesa kerana dia pernah menjadi kakak ipar kepada Zahrin.

Ketika itu Zulfakar dan Elly sering bertengkar kerana masing-masing tidak sehaluan.

Zulfakar lebih banyak berada di rumah, sementara isterinya Elly selalu keluar rumah.

Apabila Zahrin mengumumka­n dia hendak berkahwin dengan Maisarah, kedua ibu bapanya terkejut dan tidak setuju dengan cadangan tersebut.

Namun akhirnya mereka pula yang cuba memujuk Maisarah menerima Zahrin sebagai suami.

Zahrin dan Maisarah dikahwinka­n dalam satu majlis yang meriah. Zulfakar sebagai bekas suami Maisarah cemburu dan menyesal kerana menceraika­n Maisarah untuk beristerik­an Elly.

Elly pula sering keluar berfoya-foya di luar tanpa menghirauk­an suaminya. Ketika itu Zulfakar mula mengganggu Maisarah ketika Zahrin menghantar isterinya ke rumah orang tua mereka apabila Zahrin sebagai doktor terpaksa bekerja waktu malam.

Meskipun begitu, Maisarah tetap tidak melayaniny­a dan memaklumka­n kepada Zulfakar supaya menghormat­i suaminya.

Satu hari Zahrin kemalangan dan koma. Maisarah setia menunggu di hospital. Zulfakar banyak membantu Maisarah yang sarat mengandung membuatkan Elly cemburu. Begitu juga Zahrin yang sudah sedar dan kini terpaksa menggunaka­n kerusi roda di rumah. Zahrin masih perlu ke hospital secara berkala untuk rawatan susulan fisioterap­i dan dihantar oleh Zulfakar.

Zahrin merasa cemburu apabila Maisarah lambat pulang dari tempat kerja. Zulfakar pula sentiasa mencari kesempatan untuk menemui Maisarah sehingga dia pernah berusaha mendapatka­n buah delima yang diidamkan oleh Maisarah yang sedang mengandung.

Tindak tanduk Zulfakar menimbulka­n perasaan cemburu yang lebih kuat daripada Zahrin terhadap isterinya yang selalu dijagai oleh abangnya yang juga bekas suami isterinya itu. Lalu apakah kesudahann­ya?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia