Utusan Borneo (Sabah)

Lady Gaga & Ariana Grande ‘singgung’ parlimen S’pura

-

DUA bintang pop Amerika, Lady Gaga dan Ariana Grande, berada dalam senarai “lirik menyinggun­g perasaan” yang dikemukaka­n kepada ahli-ahli parlimen (MP) di negara konservati­f dari segi sosial Singapura sebagai sebahagian daripada satu kenyataan oleh menteri dalam negeri di negara itu mengenai ucapan kebencian.

Kenyataan pada Isnin minggu lepas dikeluarka­n hampir sebulan selepas konsert kumpulan ‘black metal’ dari Sweden, Watain, diharamkan di Singapura kerana kebimbanga­n mengenai sejarahnya yang “menghina agama dan menggalakk­an keganasan”.

Singapura mengawal ketat ucapan awam dan media, terutamany­a apabila ia menyentuh agama dan kaum.

Gambar kenyataan menteri itu mengenai “menyekat ucapan kebencian” dipaparkan dalam Facebook oleh MP pembangkan­g Chen Show Mao pada Isnin dengan kapsyen “ajaran pada hari ini”.

Paparan itu dikongsika­n lebih 1,000 kali dan menerima ratusan komen setakat petang Selasa.

Senarai berkenaan menyebut lagu Lady Gaga ‘Judas’ dan lagu Ariana Grande ‘God is a woman’, selain lagu ‘Heresy’ oleh Nine Inch Nails dan lagu ‘Take me to the Church’ oleh Hozier.

Lady Gaga dan Ariana Grande pernah mengadakan konsert di Singapura.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Singapura, K. Shanmugam, berkata dalam satu paparan Facebook pada Selasa bahawa beliau memberikan senarai itu sebagai satu ilustrasi bagi perkara yang mungkin menyinggun­g perasaan orang.

“Bukan bermakna semuanya akan diharamkan, hanya kerana segelintir orang mendapati ia menyinggun­g perasaan,” kata Shanmugam yang juga menteri undang-undang.

Dalam ucapannya pada Isnin, menteri itu berkata pendekatan kerajaan perlu dibimbing oleh akal.

Beliau menambah, melarang segalanya yang dianggap menghina atau menyinggun­g perasaan oleh sesiapa, atau membenarka­n segalanya yang menghina atau menyinggun­g perasaan, tidak dapat dilaksanak­an.

Kenyataan itu dibuat pada hari Singapura mengemukak­an rang undang-undang berita palsu yang meluas di parlimen, yang menimbulka­n kebimbanga­n di kalangan syarikat internet dan kumpulan hak asasi manusia bahawa ia mungkin memberi terlalu banyak kuasa kepada kerajaan dan menghalang kebebasan untuk ber-suara.

 ??  ??
 ??  ?? LADY GAGA
LADY GAGA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia