Utusan Borneo (Sabah)

ATM rampas ketum bernilai lebih RM30,000 di sempadan

-

ALOR SETAR: Angkatan Tentera Malaysia ( ATM) menerusi 4 Rejimen Sempadan (4RS) mematahkan cubaan menyeludup 328 kilogram (kg) daun ketum ke negara jiran yang dianggar bernilai lebih RM30,000 dalam dua kejadian berasingan di sempadan Malaysia-Thailand dekat Padang Terap.

Panglima 6 Briged, Brigadier Jeneral Datuk Abdul Aziz Ismail berkata, dalam kejadian pertama sepasukan anggota 4RS telah terserempa­k dengan empat lelaki yang sedang menunggang motosikal dengan membawa muatan lapan guni dan dua plastik lutsinar, pada kira-kira 7 pagi Ahad.

“Menyedari kehadiran anggota berkenaan, empat lelaki itu kemudianny­a bertindak mencampakk­an semua guni terbabit dan meninggalk­an motosikal masing-masing sebelum melarikan diri ke dalam kawasan hutan berhampira­n.

“Kesemua lelaki tempatan terbabit didapati menunggang motosikal yang tidak mempunyai nombor pendaftara­n dan dipercayai mahu menyeludup daun ketum yang siap diikat rapi ke negara jiran berikutaan permintaan dan harga yang tinggi di sana,” katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Hasil pemeriksaa­n terhadap guni dan plastik tersebut didapati mengandung­i 296 kg daun ketum dianggarka­n bernilai lebih RM28,000.

Abdul Aziz berkata, dalam kejadian kedua pula pasukan 4RS yang melakukan rondaan telah mengesan seorang lelaki tempatan menunggang motosikal dengan membawa muatan tiga guni daum ketum pada pukul 3 petang hari yang sama.

“Sebaik dikesan lelaki terbabit bertindak mencampakk­an guni terbabit dan melarikan diri dan hasil pemeriksaa­n guni tersebut mengandung­i daun ketum seberat 32 kg bernilai lebih RM3,000,” katanya.

Katanya, dalam kedua-dua kejadian terbabit kesemua suspek berjaya melarikan diri.

Abdul Aziz berkata pihaknya percaya penyeludup menunggu hari dan masa yang sesuai untuk menyeludup daun ketum ke negara jiran dan mereka mungkin menyangka pasukan keselamata­n tidak bertugas pada hari Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia