Utusan Borneo (Sabah)

Makanan tradisiona­l berinovasi, kreativiti pelajar Kolej ATI

Hasil kreativiti pelajar Kolej ATI

- (kiri) dan Alvin (dua kiri) ketika melayan tetamu yang berkunjung ke gerai pameran.

KOTA KINABALU: Pelajar Kolej ATI berjaya menghasilk­an nilai tambah dalam makanan-makanan tradisiona­l bagi memenuhi cita rasa moden masyarakat kini.

Pensyarah Diploma dalam Seni Kulinari Kolej ATI George Tsen berkata, beliau berbangga dengan pelajarnya yang mampu menghasilk­an produk makanan tradisiona­l yang mempunyai nilai tambah.

“Ini adalah satu produk inovasi yang dihasilkan daripada makanan tradisonal kepada cita rasa moden supaya rasa makanan itu diterima ramai.

“Selain itu, pameran makanan yang diadakan hari ini akan menilai kerja berpasukan antara pelajar untuk menjayakan jualan yang diadakan,” katanya ketika ditemui pada Pameran Makanan Kolej ATI, di sini pada Isnin.

Beliau berkata, usaha seumpamany­a mampu melahirkan bakal usahawan yang boleh menghasilk­an nilai-nilai tambah dalam produk makanan tradisiona­l Sabah di masa hadapan untuk pasaran tempatan dan antarabang­sa.

Katanya, antara produk makanan yang berjaya dihasilkan oleh pelajar ATI adalah seperti Ice Cream Lihing, Kek Tarap, Gula-gula Tuhau dan banyak lagi.

Sementara itu, Pengaturca­ra Program Scholastic­a Eulalia Terence Majanggon berkata, objektif pameran

“Ini adalah satu produk inovasi yang dihasilkan daripada makanan tradisonal kepada cita rasa moden supaya rasa makanan itu diterima ramai. GEORGE TSEN

Pensyarah Diploma dalam Seni Kulinari Kolej ATI

adalah untuk mempromosi makanan tradisiona­l Sabah kepada pengunjung di bandaraya ini termasuk

SCHOLASTIC­A

pelancong.

“Kita cuba menjadikan rasa makanan tradisiona­l ini kepada lebih moden agar ianya boleh diterima oleh pelancong.

“Contohnya produk kita buat adalah seperti Lihing dijadikan Puding Lihing, Unggus Ikan Masin kita jadikan Sandwich Unggus, Bambangan kita jadikan Ice Cream dan Ice Milk serta banyak lagi.

“Produk seumpamany­a dilihat berpotensi dipasarkan sebagai salah satu produk pelanconga­n di sini,” katanya.

Dia yang juga pelajar akhir Diploma dalam Seni Kulinari Kolej ATI berkata, terdapat enam gerai dibuka yang melibatkan lebih kurang 36 pelajar.

Sementara itu, Alvin Richard Anak Prang yang juga pelajar akhir bagi bidang yang sama menjelaska­n idea nilai tambah itu datang tanpa dijangka.

“Kita tidak terfikir mengenai idea-idea itu, tapi kadang-kadang ketika termenung, idea itu hadir...dan Sushi Hinava diilhamkan.

“Kita seterusnya buat penyelidik­an rasa diantara makanan tradisiona­l dengan moden, akhirnya wujudlah produk makanan inovasi ini,” katanya.

Katanya, persediaan untuk menjayakan program itu dilakukan selama tiga minggu bersama semua pelajar yang terlibat termasuk pensyarah.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ANTARA produk-produk yang dijual pada pameran makanan itu.
ANTARA produk-produk yang dijual pada pameran makanan itu.
 ??  ?? GEORGE menunjukka­n salah satu produk makanan yang dipamerkan.
GEORGE menunjukka­n salah satu produk makanan yang dipamerkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia