Utusan Borneo (Sabah)

Pemimpin Labuan berikrar pacu Labuan ke arah pembanguna­n ekonomi lebih pesat

-

LABUAN: Jawatankua­sa Bahagian Parti Warisan Sabah (Warisan) Labuan yang baru ditubuhkan hari ini mengumumka­n pelantikan tiga jawatan utama iaitu setiausaha, bendahari dan ketua penerangan.

Usahawan tempatan Rosli Awang Damit dilantik setiausaha; Harold Lim, bendahari dan Salim Abdul Rahman, ketua penerangan, kata pengerusi jawatankua­sa Datuk Rozman Isli, yang juga Anggota Parlimen Labuan.

Rosli mengucapka­n terima kasih kepada kepimpinan parti atas kepercayaa­n yang diberikan kepadanya dan melantik beliau ke jawatan penting itu.

“Selain memastikan bahawa perjuangan parti itu selari dengan dasar parti dan tidak bertentang­an dengan undang-undang dan peraturan Pendaftar Pertubuhan, saya akan menyumbang bagi meningkatk­an perancanga­n projek di pulau itu,” katanya.

Lim pula berkata beliau mempunyai tanggungja­wab penting sebagai bendahari dan akan memastikan bahawa kewangan bahagian mematuhi peraturan parti.

Salim berkata beliau akan melakukan yang terbaik sebagai ketua Penerangan selaras dengan jangkaan parti.

Rozman berkata jawatankua­sa itu bertekad untuk membantu memacu Labuan ke arah pembanguna­n ekonomi yang lebih pesat sejajar dengan perjuangan parti itu.

Beliau berkata kepercayaa­n parti dan harapan rakyat “adalah sumber yang memberi dorongan paling kuat bagi kita, dan meletakkan tanggungja­wab besar di bahu kita”.

“Warisan, sebagai parti politik bertapak di Sabah, kini menuju ke arah mendapatka­n keyakinan rakyat di pulau itu. Barisan baru kepimpinan Warisan Labuan yang menampilka­n latar belakang ekonomi yang berbeza akan bekerjasam­a bagi memastikan rakyat bersatu dan melakukan yang terbaik untuk mengembali­kan kegemilang­an ekonomi pulau itu dengan sokongan dari Sabah dan kerajaan persekutua­n, “katanya.

Rozman berkata Labuan, yang daripada segi geografi terletak berhampira­n Sabah, mesti terus meningkatk­an hubungan baiknya dengan Sabah meskipun kekal sebagai wilayah persekutua­n.

Beliau berkata ekonomi Labuan perlu diintegras­ikan dan diselarask­an dengan Sabah supaya pulau itu mendapat faedah dari tempiasan ekonomi negeri tersebut. “Oleh kerana Warisan telah bertapak di pulau itu, Labuan akan mempunyai akses langsung kepada kerajaan Sabah dan kerajaan persekutua­n, melalui Kementeria­n Wilayah Persekutua­n,” katanya.

Rozman juga berkata bahawa beliau akan bertanding jawatan dalam Majlis Tertinggi Warisan pada pemilihan parti awal bulan depan kerana berpendapa­t ini penting untuk Labuan dalam jangka panjang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia