Utusan Borneo (Sabah)

Christina dijemput rasmi program meraikan kepimpinan wanita anjuran CALM

- Oleh YAP SIONG HAN

TIMBALAN Ketua Menteri Datuk Christina Liew dijemput untuk merasmikan program meraikan kepimpinan wanita yang dianjurkan oleh Persatuan Kepimpinan Komanwel Malaysia (CALM).

CALM adalah satu organisasi komanwel baharu bagi membantu membangunk­an pemimpin perniagaan masa depan, kerajaan dan badan bukan kerajaan di Malaysia. Pertubuhan itu dilancarka­n di Kuala Lumpur pada Oktober tahun lalu.

Presidenny­a Hanaa Wong Abdullah menjemput Christina untuk menyertai perbincang­an yang diadakan mengenai Kepimpinan Wanita ketika mengadakan kunjungan hormat terhadap Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar itu di Kota Kinabalu, baru-baru ini.

Hanaa berkata, program itu akan diadakan pada 13 April ini di Zara Boutique Hotel, bertujuan meraikan pencapaian para wanita dalam kehidupan sempena dengan Sambutan Hari Wanita Antarabang­sa 2019.

“Kita juga mempunyai pemimpin dalam kalangan organisasi ini yang mempunyai visi, inspirasi, motivasi, ketua pasukan yang telah menyumbang­kan pelbagai pencapaian dengan cara tersendiri dalam komuniti, negeri dan negara.

“Christina akan berkongsik­an cerita beliau dalam perjalanan sebagai seorang ahli politik dari masa beliau menceburi bidang itu pada 1985 sehinggala­h menjadi Timbalan Ketua Menteri wanita yang pertama di Sabah,” katanya.

Katanya, terdapat dua lagi speaker dalam perbincang­an itu ialah Joanna Tighe iaitu Ketua Perkhidmat­an Cemerlang dan Pembanguna­n Perniagaan di Gleneagles Kota Kinabalu, serta bekas Pramugari Alyssa Lim yang kini adalah pengasas Inner Peace Spa Consultanc­y.

Selain itu, Hanaa menjelaska­n organisasi itu adalah sebahagian daripada rangkaian the Duke of Edinburgh’s Commonweal­th Study Conference­s (CSC) yang akan meluaskan misi CSC di Malaysia dan Wilayah sekitarnya.

Menurutnya, CALM akan berkerja rapat dengan the HRH Duke of Edinburgh’s CSC bagi mencapai bakat daripada individu di negara ini, membimbing dan seterusnya menjadikan Malaysia terkenal di komanwel.

“Saya akan terus merebut peluang untuk membantu membangunk­an pemimpin di negara ini pada masa hadapan,” katanya.

 ??  ?? CHRISTINA (tengah) dan Hanaa (empat kiri) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan.
CHRISTINA (tengah) dan Hanaa (empat kiri) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia