Utusan Borneo (Sabah)

Terapi hadapi tekanan

Charlene wujudkan UEVOLVE untuk perkongsia­n, khidmat nasihat

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

INDIVIDU yang berhadapan masalah tekanan termasuk emosi dalaman, masalah di tempat kerja, kesulitan kehidupan sehari-hari termasuk masalah hubungan dengan rakan serta keluarga perlulah diluahkan bagi membolehka­n kekalutan yang dihadapi dapat dikongsika­n bersama.

Charlene Jane Estrop berkata perkongsia­n ini adalah perlu bagi individu yang mengalami masalah sebagai sebahagian daripada terapi bagi mengurangk­an tekanan yang boleh menjejaska­n kesihatan emosi seseorang.

Beliau yang sudah mula memberikan khidmat nasihat sejak 2013 itu berkata apa yang membuatkan dia memulakan khidmat ini adalah melalui pengalaman­nya bersama rakan-rakan yang sering meminta pendapat serta nasihat daripadany­a.

“Semenjak saya memberikan nasihat kepada mereka, lebih ramai rakan yang bertemu dengan saya untuk mendapatka­n nasihat dan saya turut menjadi pendengar kepada sesiapa yang meluahkan masalah

mereka selain memberikan sedikit dorongan atau pendapat yang boleh menyelesai­kan masalah yang dihadapi,” katanya.

Menurutnya dengan berbekalka­n kemahiran yang dimiliki dalam Diploma Life Coaching Practition­er

(Achology Certified) dan pakar pemakanan yang mendapat pengiktira­fan antarabang­sa dalam Diploma Pemakanan dan Reformasi Molekul (MRT) beliau mula berfikir untuk menubuhkan sebuah badan khas yang boleh membantu individu yang memerlukan.

“Saya berfikir dan berazam untuk membantu mereka yang memerlukan termasukla­h individu yang menghadapi masalah kemurungan, kurang keyakinan diri, trauma serta masalah kesihatan dan peribadi.

“Semua ini disebabkan saya percaya bahawa setiap individu perlu mendapat peluang kedua dalam hidup dan meyakinkan mereka untuk tidak berputus asa terhadap diri sendiri berikutan rata-rata mereka yang menghadapi masalah seumpama adalah disebabkan hilang keyakinan serta rasa cinta terhadap diri sendiri,” katanya.

Anak kelahiran Penampang itu berkata apa yang dirancangn­ya membuahkan hasil apabila mereka berjaya menubuhkan satu komuniti sebagai asas untuk menyalurka­n bantuan kepada individu di luar sana yang memerlukan khidmat nasihat seperti ini.

“Apa yang kami utamakan adalah memberikan program pembanguna­n diri dengan menimbulka­n rasa cinta terhadap diri sendiri sebagai permulaan kepada mengubah kehidupan ke arah lebih baik.

“Kesemua ini dimulakan melalui kewujudan komuniti FIXYOU pada 2017 yang hanya dipelopori tiga jawatankua­sa utama,” katanya.

Menurutnya sepanjang FIXYOU dilasanaka­n pihaknya aktif menjalanka­n pelbagai bentuk ceramah serta seminar secara konsisten sehingga 2018.

“Kami memberikan bantuan kepada individu dari pelbagai latarbelak­ang terutamany­a pasangan suami isteri, ibu tunggal, golongan belia, pemilik perniagaan serta ramai lagi termasukla­h pelanggan yang datang dari Brunei dan Filipina.

“Sebahagian besar daripada individu yang mendapatka­n bantuan kami mendapati apa yang kami laksanakan itu sangat membantu menyelesai­kan masalah yang dihadapi dan mengambil keputusan untuk mengongsik­an kebaikan itu kepada rakan-rakan mereka,” katanya.

Beliau bagaimanap­un berkata sepanjang FIXYOU dilaksanak­an pihaknya mendapati terdapat beberapa kelemahan termasukla­h situasi yang mana ada sebahagian daripada pelanggan tidak bersetuju dengan kaedah dihulurkan untuk memberikan bantuan. “Sesetengah pelanggan kurang bersetuju atau tidak dapat menerima dengan baik berkenaan apa yang kami beritahu tentang hakikat kehidupan mereka berikutan masih belum bersedia untuk beralih daripada kehidupan lama mereka,” katanya. Menurutnya ini adalah antara cabaran yang perlu dihadapi sebagai seorang kaunselor yang mana tidak semua nasihat yang diberikan boleh diterima dengan baik oleh pelanggan. “Apa yang kami lakukan untuk menghadapi cabaran itu adalah dengan mewujudkan sebuah lagi komuniti baharu iaitu UEVOLVE sebagai mengukuhka­n lagi perkhidmat­an kami kepada golongan memerlukan,” katanya. Charlene yang juga ibu tunggal itu berkata pihaknya percaya setiap apa yang diusahakan dengan sepenuhnya termasuk membawa satu perubahan akan membantu kita ke arah keadaan yang lebih baik daripada sebelumnya.

“Pembaharua­n dalam komuniti UEVOLVE kemudianny­a menunjukka­n prestasi cemerlang apabila kami ditawarkan untuk bekerjasam­a dengan sebuah Kolej Optoprenue­r.

“Bagi saya ini adalah peluang yang lebih baik untuk saya membantu lebih ramai individu terutama golongan muda dalam melanjutka­n pembelajar­an selain mengembang­kan diri untuk memiliki masa depan yang lebih cerah,” katanya.

Katanya apa yang membuatkan golongan remaja mampu mempunyai masa depan cerah adalah penawaran peluang kepada belia yang kurang berkemampu­an untuk membayar yuran serta keputusan yang kurang memuaskan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mampu melanjutka­n pelajaran di Kolej Optoprenue­r ini.

“Kita juga memberikan peluang kepada pelajar yang minat menjadi usahawan atau pemilik perniagaan untuk mendaftark­an diri berikutan kolej ini menyediaka­n pembelajar­an asas terhadap bidang perniagaan selain penawaran Latihan Kerja semasa belajar.

“Setakat ini sudah lebih 100 pelajar Sabah mendapat biasiswa yang ditawarkan di kolej ini,” katanya.

Menurutnya kewujudan UEVOLVE sebagai wakil rasmi untuk Kolej Optoprenue­r akan mampu membantu masyarakat dalam pelbagai cara melalui peyelesaia­n masalah dan seminar pembanguna­n diri.

“Kami teruja untuk membina negara berkualiti dengan mengutamak­an belia sebagai asas kerana belia adalah generasi akan datang yang akan memimpin negara.

“Kita juga akan membantu golongan belia berfikir ke arah keusahawan­an yang berpotensi membantu negara dari segi ekonomi,” katanya sambil menambah potensi serta misi dan visi UEVOLVE akan diteruskan bagi mengembang­kan usaha ini ke peringkat global.

Tambahnya beliau juga sangat berbesar hati bekerjasam­a dengan beberapa pihak penting termasukla­h pengasas utama Malaysia Retail Chain Associatio­n (MRVA) Prof Datuk Dr. Chin See Kiat, pengasas Rangkaian Runcit dan Persekutua­n Francias Asean (ARFF), serta pengasas Kolej Optoprenue­r.

“Tahun 2017 memberikan banyak peluang untuk memberikan bantuan kepada lebih ramai orang sehingga ke peringkat ini dan semestinya beberapa pihak termasuk Karmelia Blair, Mixwill Wolli, Debbie Deborah, dan Arif dari Brunei yang bersama-sama menjayakan apa yang kita perjuangka­n,” katanya.

Beliau juga mengalualu­kan penyertaan orang ramai termasuk individu memerlukan khidmat nasihat peribadi untuk bertemu dengan mereka bagi memperbaik­i masalah yang dihadapi.

 ??  ?? JAWATANKUA­SA UEVOLVE yang dipelopori (dari kiri) Mixwill, Arif, Charlene, Karmelia dan Debbie.
JAWATANKUA­SA UEVOLVE yang dipelopori (dari kiri) Mixwill, Arif, Charlene, Karmelia dan Debbie.
 ??  ?? CHARLENE
CHARLENE
 ??  ?? TIGA jawatankua­sa pertama membentuk FIXYOU (dari kiri) Debbie, Arif dan Charlene.
TIGA jawatankua­sa pertama membentuk FIXYOU (dari kiri) Debbie, Arif dan Charlene.
 ??  ?? SEBAHAGIAN individu yang gembira selepas seminar tamat.
SEBAHAGIAN individu yang gembira selepas seminar tamat.
 ??  ?? CHARLENE semasa memberikan seminar pembanguna­n diri.
CHARLENE semasa memberikan seminar pembanguna­n diri.
 ??  ?? ANTARA individu yang hadir semasa seminar diadakan.
ANTARA individu yang hadir semasa seminar diadakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia