Utusan Borneo (Sabah)

Usia Bahagian Sipitang adakan Ceramah Perdana Isra’ dan Mi’raj

USIA Bahagian Sipitang adakan Ceramah Perdana Isra’ dan Mi’raj

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS muda menerima hadiah selepas berjaya menjawab kuiz sempena program Ceramah Perdana Isra’ dan Mi’raj. Tawasyih sempena program Ceramah Perdana Isra’ dan Mi’raj.

SIPITANG : Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) Bahagian Sipitang sekali lagi mengadakan Program Ceramah Perdana Isra’ dan Mi’raj, kali ini diadakan di Masjid Jamek Pekan Mesapol, Sipitang.

Dengan matlamat untuk penyatuan ummah, program itu dilihat mampu mempersiap­kan umat Islam untuk menghadapi pelbagai cabaran baharu masa kini.

Pada awal majlis, umat Islam yang hadir diberi peluang menyertai kursus singkat membuat sabun yang dikendalik­an oleh Ahli Majlis Tertinggi (AMT) USIA, Dato’ Dr Abdul Sanie Yahmin.

Acara kemuncak yang diadakan pada sebelah malamnya dimulakan dengan persembaha­n Tawasyih oleh kumpulan Raudhatul Jannah, Kampung Ulu Sipitang.

Ceramah Perdana Isra’ dan Mi’raj yang dihadiri oleh ramai masyarakat Islam sekitar Mesapol itu telah dikendalik­an oleh Pensyarah Kanan, Program Pendarasan Islam, Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) Al-Fadhil Ustaz Dr Sarip Adul.

Turut diadakan sesi kuiz kepada penonton berhubung ceramah yang diadakan. Sesi kuiz tersebut mendapat sambutan baik khususnya golongan muda yang bersemanga­t untuk menjawab soalan yang diajukan.

Ketua USIA Bahgaian Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad, ketika ditemui pemberita berkata bersempena dengan program kali ini, USIA Sipitang melancarka­n sukarelawa­n yang lebih dikenali sebagai ‘Skuad USIA’.

Jelas Sapawi, Skuad USIA tersebut akan menggerakk­an aktivitiak­tiviti USIA terutama sosial dan kebajikan seperti program gotong-royong, bantuan bencana mahupun lawatan ziarah kasih.

Katanya, ketika ini skuad terbabit dianggotai oleh kira-kira 50 orang dan pihaknya bercadang memberikan mereka latihan berkaitan bagi memastikan mereka dapat memberikan perkhidmat­an apabila diperlukan.

Dalam perkembang­an lain, Sapawi berkata pejabat USIA Sipitang lama yang telah musnah dalam kebakaran itu akan dibangunka­n semula, namun perkara tersebut masih dalam perbincang­an sama ada ia dibangunka­n untuk tujuan komersial atau kedua-duanya sekali dengan menempatka­n semula pejabat USIA.

Ketika ini, katanya, USIA Sipitang telah membuka pejabat baharu bagi memastikan pentadbira­n serta urusan-urusan berkaitan USIA dapat dilaksanak­an dengan lancar dan teratur.

Sempena dengan program Ceramah Perdana Isra’ dan Mi’raj, USIA Sipitang turut mengadakan program ziarah kasih ‘Masih Ada Yang Sayang’ ke lima buah rumah sekitar Mesapol bagi bertemu dengan masyarakat yang memerlukan perhatian.

 ??  ??
 ??  ?? PERSEMBAHA­N
PERSEMBAHA­N
 ??  ?? ANAK-ANAK
ANAK-ANAK
 ??  ?? SKUAD USIA Sipitang yang dilancarka­n sempena program Ceramah Perdana Isra’ dan Mi’raj.
SKUAD USIA Sipitang yang dilancarka­n sempena program Ceramah Perdana Isra’ dan Mi’raj.
 ??  ?? SEBAHAGIAN yang hadir pada majlis itu.
SEBAHAGIAN yang hadir pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia