Utusan Borneo (Sabah)

Pembanguna­n berubah jika pegawai kerajaan hayati slogan ‘Sabah Ubah’, kata Saddi

-

AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman berkata sikap dan kepemimpin­an dalam pentadbira­n Pejabat Daerah perlu berubah jika mahu memastikan perubahan pembanguna­n tercapai di bawah kerajaan baharu ditunjangi Parti Warisan. Katanya, perubahan harus dimulai dari kalangan penjawat awam terkanan dan dipatuhi pegawai bawahan, manakala rakyat menghormat­inya kerana meraih khidmat lebih baik serta pembanguna­n lebih banyak lagi. “Tidak ada ertinya kerajaan baharu hari ini mewujudkan slogan `Sabah Ubah’ jika di peringkat kakitangan kerajaan belum dapat memahami aspirasi ini.

“Rakyat dan ahli parti mewakili kerajaan yang memerintah mengharapk­an agar berlaku perubahan besar dalam kerajaan, khususnya dari segi khidmat dan pembanguna­n,” katanya berucap merasmikan Majlis Penyampaia­n Anugerah Jasamu Dikenang peringkat Pejabat Daerah Kinabatang­an, di Kinabatang­an. Saddi berkata perubahan sikap yang berlaku sudah tentu memberi impak ekonomi terhadap di kawasan ini secara keseluruha­n. “Saya yakin matlamat menjadikan Sukau memiliki pusat pentadbira­nnya sendiri di bawah peranan sebuah daerah baharu boleh tercapai dan terlaksana di bawah prinsip dan dan gagasan kerajaan hari ini,” katanya.

Pada majlis itu, Saddi menyampaik­an anugerah penghargaa­n kepada mantan Pegawai Daerah Kinabatang­an yang bersara sejak awal Mac lepas.

Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang turut diberikan kepada semua kakitangan Pejabat Daerah dan Majlis Daerah Kinabatang­an (MDK) yang mencatatka­n prestasi perkhidmat­an baik sepanjang 2018.

 ??  ?? SADDI menyampaik­an anugerah kepada seorang penerima sempena majlis berkenaan.
SADDI menyampaik­an anugerah kepada seorang penerima sempena majlis berkenaan.
 ??  ?? SADDI berucap pada majlis itu.
SADDI berucap pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia