Utusan Borneo (Sabah)

Antara kejayaan dan cabaran

Enam tahun penubuhan Esscom

-

ENAM tahun lalu pada 1 dan 2 Mac 2013, berlaku detik hitam bersejarah negara kerana penceroboh­an militan Sulu mencabar kedaulatan negara sehingga mengorbank­an dua nyawa di Kampung (Kg) Tanduo, Tungku dan enam nyawa di Kg Simunul, Semporna. Peristiwa berdarah itu menjadi igauan ngeri sehingga hari ini kerana impaknya terlalu memberi kesan bukan sahaja dalam kalangan ahli keluarga mangsa, penduduk, malah pembanguna­n ekonomi, sosial setempat. Natijahnya, tragedi itu menyeru semua pihak untuk bersatu padu menjaga keselamata­n tanah yang berdaulat ini. Ianya juga membuka mata kerajaan dan rakyat Malaysia tentang betapa pentingnya meningkatk­an persiapan untuk menghadapi ancaman luar, sentiasa siapsiaga untuk menangani ancaman dan yang lebih penting betapa bermaknany­a semangat patriotik untuk kita terus bersatu-padu dan bertanggun­gjawab pada suasana aman dan stabil negara dipertahan­kan. Atas dasar mempertaha­nkan kedaulatan negara, kerajaan telah mengumumka­n penubuhan Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) pada 1 April 2013 untuk menyelaras operasi pelbagai

agensi keselamata­n dan pertahanan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tenteran Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) meliputi 10 daerah iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Kinabatang­an, Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau. Wartawan Utusan Borneo, NORWAHIDA YAMALUDDIN, bersama media lain menemui Komander Esscom Datuk DCP Hazani Ghazali dan Ketua Pegawai Eksekutif Esscom Noor Alam Khan A Wahid Khan, bagi mendapatka­n perkembang­an enam tahun penubuhan Esscom, kejayaan dan cabaran dilalui pasukan keselamata­n.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia