Utusan Borneo (Sabah)

Uggah tunggu laporan berhubung video anggota penguat kuasa tembak anjing

-

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas U g gah E m bas masih menunggu laporan penuh berhubung video tular di media sosial yang menunjukka­n anggota penguat kuasa menembak anjing dalam pekarangan rumah pemiliknya.

Video tersebut dirakam ketika operasi rabies bagi memindahka­n anjing terbiar di sekitar kawasan Matang di sini pada Sabtu.

“Saya telah melihat video tersebut dan saya menunggu laporan penuh mengenai video yang tular tersebut.

“Arahan saya jelas, ini adalah operasi khas rabies selepas Sarawak diisytihar­kan sebagai kawasan wabak rabies bencana tahap II dan ia bermula di Lundu dan Bau dan seterusnya sekarang di Padawan dan Kota Samarahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Lama di sini pada Ahad, bagi mengulas mengenai video tular operasi rabies tersebut.

Terdahulu Uggah hadir menyaksika­n Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) antara Kerajaan Sarawak diwakili Jabatan Pertanian Sarawak dengan Earthlings Coffee Workshop Sdn Bhd.

Tambah Uggah yang juga pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri, objektif operasi ini jelas pertama untuk memvaksin 100 peratus anjing dalam kawasan operasi dan kedua menyasarka­n anjing terbiar.

Dalam operasi di Lundu dan Bau baru-baru ini katanya, 91 peratus anjing berjaya divaksin di Lundu dan kirakira 1,700 anjing terbiar di Lundu dan Bau berjaya dipindahka­n.

“Ini merupakan operasi yang sangat mencabar di mana anjing dalam kompaun rumah harus divaksin dan tidak ada seorang pun yang boleh menembak anjing dalam kompaun rumah.

“Dalam kes ini, saya masih menunggu siasatan dan saya akan membuat kenyataan lanjut pada 9 April ini selepas laporan pascanilai operasi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia