Utusan Borneo (Sabah)

Mesin kiosk SESB bantu mudahkan pengguna bayar bil ikut kesesuaian masa

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Inisiatif Sabah Electricit­y Sdn Bhd(SESB) disini memasang dua unit mesin kiosk telah membantu memudahkan pengguna untuk membayar bil mengikut kesesuaian masa masing-masing.

Ketika ini, dua unit mesin kiosk ditempatka­n di Pejabat SESB Sandakan, Jalan Batu Sapi dan Kaunter Setempat di Wisma MPS Sandakan.

Pengurus Besar (Kewangan) SESB, Lisa Wan Siew Han berkata, tempoh masa kaunter bayaran yang singkat telah menyebabka­n orang ramai berpusu-pusu ke Pejabat SESB di Jalan Batu Sapi untuk menjelaska­n bil mereka.

Katanya, keadaan di pejabat itu menjadi lebih sesak pada awal minggu setiap bulan yang mana pengguna akan berbaris panjang untuk membayar bil di kaunter pembayaran.

“Namun, semua ini berubah apabila SESB mulai memperkena­lkan mesin kiosk pembayaran 24 jam di pejabatnya yang terletak di Jalan Batu Sapi selain di pejabat MPS.

“Kemudahan ini membantu pengguna untuk merancang perjalanan kerana bayaran boleh dibuat mengikut kesesuaian waktu mereka termasuk pada sebelah malam,” katanya selepas Taklimat Mesin Kiosk Pembayaran SESB di Bilik Mesyuarat SESB, Jalan Batu Sapi di sini pada Isnin.

Hadir sama, Eksekutif Kewangan, Pejabat Pengurusan Kewangan SESB, Evi Mazliani Amin.

Lisa berkata pihaknya juga sedang mengkaji cadangan sama ada untuk menambah atau memindahka­n mesin kiosk ke dua lokasi tumpuan ramai iaitu di Harbour Mall, BandarSand­akandanPas­araya Giant di Bandar IJM.

Selain itu, cadangan sama juga akan dikaji sekiranya terdapat keperluan untuk menempatka­n kiosk di kawasan luar daerah seperti Kinabatang­an dan Beluran.

Jelasnya, beberapa faktor perlu dilihat sebelum tindakan lanjut diambil termasuk faktor keselamata­n, maklumbala­s daripada pengguna, kos operasi serta bilangan pengguna.

Untuk rekod, setakat Mac 2019, sejumlah 61,490 akaun pengguna SESB direkodkan dengan 96% daripadany­a adalah pengguna domestik diikuti 3% pengguna kerajaan dan 1% pengguna kuasa besar.

Mesinkiosk­di Pejabat SESB, Jalan Batu Sapi merekodkan antara 1,700 hingga 2,500 transaksi pada setiap bulan. Manakala kiosk di Kaunter Setempat MPS antara 1,500 hingga 3,000 transaksi.

Kedua-dua mesin itu mulai beroperasi pada 1 April 2017 dan menerima tiga jenis pembayaran termasuk wang tunai, cek serta kad kredit atau kad debit.

Antara kelebihan kiosk itu adalah ia beroperasi 24 jam, pengemaski­nian pembayaran secara langsung, mesra pengguna serta tatacara penggunaan dipaparkan di mesin bagi memudahkan pengguna.

 ??  ?? LISA (kanan) membantu salah seorang pengguna ketika membayar bil di mesin kiosk.
LISA (kanan) membantu salah seorang pengguna ketika membayar bil di mesin kiosk.
 ??  ?? LISA bersama kakitangan SESB Sandakan ketika sesi taklimat di bilik mesyuarat.
LISA bersama kakitangan SESB Sandakan ketika sesi taklimat di bilik mesyuarat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia