Utusan Borneo (Sabah)

Duta EU sedia bawa rayuan pekebun jangan boikot minyak sawit

-

TANJUNG MALIM:Dutaduta besar dari beberapa negara Kesatuan Eropah (EU) sedia membawa permintaan pekebun kecil sawit di negara ini, supaya blok berkenaan membatalka­n cadangan menyekat produk minyak sawit Malaysia berkuat kuasa 2030.

Pengerusi FELCRA Berhad (Felcra) Datuk Nageeb Wahab berkata komitmen itu dinyatakan sendiri wakil EU tersebut, selepas melawat sebuah ladang sawit di Felcra Changkat Sulaiman, Sungkai, di sini pada Isnin menerusi program hari terbuka bersama Duta.

Duta yang hadir pada program itu adalah ketua rombongan dan Duta Besar Kesatuan Eropah, Maria Castillo Fernandez; Duta Besar Belanda ke Malaysia Karin Mossenlech­ner dan Duta Besar Sepanyol ke Malaysia, Jose Cardinos Lafuente.

Menurut Nageeb para delegasi diberikan taklimat dan pendedahan proses tanaman kelapa sawit di Malaysia khususnya yang diusahakan pekebun kecil, serta nasib mereka jika EU kekal dengan keputusan menyekat produk minyak sawit dari negara ini. “Sebab utama EU hendak menyekat penggunaan minyak kelapa sawit adalah kerana dikatakan kita melakukan penebangan hutan dan alasan ini kami tidak dapat terima, sebab itu hari ini kami tunjukkan kepada mereka apa yang dilakukan di ladang,” katanya kepada pemberita selepas program itu di sini, pada Isnin.

Sementara itu, Fernandez berkata Duta EU tahu mengenai kepentinga­n industri minyak kelapa sawit kepada peladang kecil di Malaysia dan sebab itulah mereka berjanji membantu dan memahami situasi tersebut.

“Saya mahu jelaskan, saya tahu minyak kelapa sawit amat penting dalam kehidupan kita dan masa hadapan anak-anak, jadi kami di sini untuk datang dan memahami dengan lebih baik apa makna semua ini kepada anda, dan akan cuba menyampaik­an maklumat ini balik ke Eropah.

“Negara Eropah bukannya mahu tekan peladang kecil dan kami faham kepentinga­n perkara ini kepada anda. Yakinlah, tidak ada sekatan dan pasaran adalah terbuka,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia