Jabatan baiki paip rosak
Pengguna dijangka dapat bekalan semula hari ini
KOTA KINABALU: Pengguna di kawasan Inanam, Jalan Tuaran, Kolombong-Damai,Luyang dan Likas perlu menunggu pembaikan paip rosak sekurang-kurangnya satu hari lagi.
Pengarah Jabatan Air Negeri Ir Amarjit Singh berkata masalah itu adalah kerana salah satu paip penghantaran utama dari Moyog ke Takungan R3 di Likas telah rosak oleh kontraktor yang melakukan beberapa kerja kabel bawah tanah.
“Kami telah mula melakukan kerja pembaikan yang dijangka selesai esok (hari ini) dan bekalan air akan diteruskan secara beransuransur pada sebelah petang,” katanya pada sidang media di sini pada Isnin.
Mengulas aduan orang ramai mengenai keadaan air di kawasan yang terjejas, beliau berkata jabatan itu menerima laporan berhubung paip yang rosak kira-kira jam 6 petang pada 20 Mei.
“Kami dimaklumkan bahawa salah satu paip penghantaran utama kami dari Moyog, berukuran 800mm, telah dirosakkan oleh beberapa kerja pembinaan. Selepas membuat pemeriksaan kami dapati paip itu rosak oleh kontraktor SESB yang melakukan kerja kabel di sana.
“Kontraktor tidak merujuk kepada jabatan untuk meminta laluan melakukan kerja. Mereka merosakkan paip kami yang kedalaman kira-kira 3 meter dan kerosakan itu mengakibatkan pengurangan bekalan air ke Takungan R3 di Likas yang terletak di Jalan Perkuburan Tiong Hua Kolombong,” katanya.
Amarjit berkata R3 Likas membekalkan air ke Inanam, Jalan Tuaran, kawasan Kolombong-Damai, Luyang dan Likas yang melibatkan kira-kira 20,000 pengguna.
Kerja pembaikan sudah dimulakan tetapi pada 6 petang Ahad, masih terdapat beberapa masalah dalam kerja pembaikan dan salah satu masalah yang dihadapi adalah cuaca yang telah menghalang mereka menyelesaikan kerja.
Beliau berkata mereka membaik pulih paip dengan plat logam tetapi malangnya pada jam 9 pagi Isnin, pembaikan sementara tidak berkesan.
“Jadi, kita telah memutuskan untuk memotongseksyenyangrosak dan menggantikannya tetapi ia akan mengambil masa,” katanya sambil menambah, paip itu terletak terlalu dalam di bawah tanah dan untuk keselamatan pekerja, pihaknya perlu melakukan kerja secara behati-hati kerana keselamatan juga sangat penting.
Beliau berharap agar pembaikan itu akan selesai pada hari ini dan bekalan air akan dapat disalurkan secara beransur-ansur pada sebelah petang.
“Kami mengalihkan bekalan dari Telibong II ke takungan UMS untuk bekalan ke kawasan Kampung Likas dan juga membuka bekalan air dari takungan City Mall untuk membantu kawasan Kolombong,” katanya.