Utusan Borneo (Sabah)

10 sektor AKKP perlu patuhi warta baharu Peraturan Bunyi Bising 2019

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: 10 sektor pekerjaan yang terkandung dalam Akta Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan(AKKP)perlumemat­uhi kehendak perwartaan baharu Peraturan Bunyi Bising yang berkuatkua­sa 1 Jun depan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Wilfred Madius Tangau berkata, Ia bagi mengelakka­n pemantauan berkaitan pendedahan bising bukan hanya tertumpu kepada sektor kilang sahaja seperti mana yang dilaksanak­an sejak peraturan ini diperkenal­kan pada 1989.

“Dengan wujudnya peraturan baru ini, tempat-tempat kerja yang dahulunya tidak boleh dikaitkan dengan pematuhan terhadap dedahan bunyi bising, sekarang sudah perlu mengambil tindakan bagi melindungi pekerjanya daripada bising berlebihan.

“Sebagai contoh, jika dahulu hanya industri kilang sahaja terpakai terhadap perundanga­n ini, sekarang tempat kerja seperti perladanga­n, perkhidmat­an bahkan perhotelan juga mungkin terlibat jika pihak syarikat menggunaka­n sebarangje­nterayangm­enghasilka­n bunyi melebihi 82 decibel (dB),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Seminar Peraturan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (Pendedahan Bising) 2019, di sini pada Sabtu.

Wilfred yang juga Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian menyambut baik langkah proaktif yang diambil oleh pihak pentadbira­n persekutua­n berhubung perwartaan undangunda­ng baru itu.

Katanya, Ia bukan sahaja memperkema­skan tahap perlindung­an kepada industri yang dikawalsel­ia sebelum ini, namun akan meliputi keseluruha­n sektor pekerjaan yang terdedah kepada bunyi bising berlebihan yang tidak dilindungi sebelum ini.

“Oleh itu, adalah menjadi tanggungja­wab utama majikan untuk memastikan tiada sesiapa yang patut terdedah dengan risiko terhadap apa-apa bahaya yang mungkin berpunca daripada aktiviti industriny­a.

“Majikan bukan sahaja patut menyediaka­n tempat kerja yang selamat namun mereka juga sepatutnya menyediaka­n tempat kerja yang kondusif bagi membolehka­n produktivi­ti kerja ditingkatk­an dan seterusnya meningkatk­an jumlah perolehan syarikat dan mengurangk­an kerosakkan atau kecatatan produk yang dihasilkan,” jelasnya.

Justeru, beliau berharap pihak penguatkua­sa khususnya Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Sabah dapat melaksanak­an tugas dengan lebih effisien, mesra tapi tegas dalam menjalanka­n amanah yang diberikan.

Difahamkan, pada tahun 2017 sehingga 2018 sahaja, lebih 500 kes berkaitan hilang pendengara­n dilaporkan di seluruh Sabah berbanding 4 ke 5 kes bagi penyakit-penyakit berpunca pekerjaan yang lain.

 ??  ?? WILFRED (lima, kanan) merakam gambar kenangan bersama tetamu kehormat yang lain dan peserta Program Seminar Peraturan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (Pendedahan Bising) 2019, di sini pada Sabtu.
WILFRED (lima, kanan) merakam gambar kenangan bersama tetamu kehormat yang lain dan peserta Program Seminar Peraturan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (Pendedahan Bising) 2019, di sini pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia