Utusan Borneo (Sabah)

25 ketua penaja PPBM Sabah

Tun Mahathir sampaikan watikah sempena Majlis Iftar PPBM Peringkat Nasional

-

KOTA KINABALU: Kelulusan Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan Malaysia (ROS) untuk penubuhan 25 bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Sabah telah diperolehi pada 3 Mei 2019.

Setiausaha Eksekutif PPBM Sabah Datuk Armizan Mohd Ali berkata, surat kelulusan berkenaan telah disampaika­n oleh Menteri Dalam Negeri merangkap Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin kepada Ketua Penyelaras PPBM Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor pada 5 Mei.

Susulan daripada itu, katanya, pada 14 Mei 2019, Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan dan Lafaz Ikrar Ketua-Ketua Penaja Pimpinan Bahagian PPBM Sabah telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC) bersempena Majlis Iftar PPBM Peringkat Nasional.

“Watikah berkenaan telah disampaika­n oleh Perdana Menteri merangkap Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad kepada 25 ketua penaja pimpinan bahagian bagi 25 bahagian terlibat,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Para penerima terdiri daripada Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor (Tuaran), Datuk Seri Panglima Masidi Manjun (Ranau), Datuk Abd Rahim Bakri (Kudat), Datuk Wetrom Bahanda (Kota Marudu), Datuk Japlin Akim (Kota Belud), Mohamed Razali Mohamed Razi (Sepanggar), Datuk Faisyal Yusof Hamdain Diego (Kota Kinabalu),SenatorDat­ukJohn Ambrose (Penampang), Dato’ Sri Dr Arsit Sedi (Putatan) dan Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar (Papar).

Datuk Mohd Arifin Mohd Arif (Kimanis), Datuk Isnin Aliasnih (Beaufort), Matbali Musah (Sipitang), Datuk Rubin Balang (Tenom), Azman Ruslan (Keningau), Senator Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin (Pensiangan), Datuk Awang Kadin Tang (Sandakan), Datuk Zakaria Mohd Edris (Libaran), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Aksyah Nasrah (Kinabatang­an), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (Beluran), Mohd Daud Tampokong (Semporna), Abdul Hakim Gulam Hassan (Silam), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (Tawau) dan Abdul Karim Abdul Wahid (Kalabakan).

Armizan berkata para ketua penaja pimpinan bahagian akan bertanggun­gjawab untuk mengurus dan melengkapk­an proses penubuhan bahagian serta cawangan-cawangan, sayap Srikandi dan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) dalam bahagian masingmasi­ng dengan membentuk struktur organisasi penaja dan menggerakk­an proses pendaftara­n serta penambahan ahli.

Katanya warga Sabah yang berminat untuk memohon sebagai ahli boleh mendaftar dengan mengisi borang permohonan keahlian yang boleh diperolehi melalui sekretaria­t bahagian atau terus memohon secara dalam talian melalui laman web PPBM iaitu www.bersatu.org.

 ??  ?? TUN Dr Mahathir (duduk, kiri) menyaksika­n majlis lafaz ikrar jawatan diketuai oleh Hajiji (empat dari kanan) di majlis itu.
TUN Dr Mahathir (duduk, kiri) menyaksika­n majlis lafaz ikrar jawatan diketuai oleh Hajiji (empat dari kanan) di majlis itu.
 ??  ?? HAJIJI (dua dari kanan) bersama Masidi dan pemimpin PPBM Sabah melafaz ikrar dihadapan Tun Dr Mahathir, sambil diperhatik­an oleh Setiausaha Agung PPBM Datuk Marzuki Yahya.
HAJIJI (dua dari kanan) bersama Masidi dan pemimpin PPBM Sabah melafaz ikrar dihadapan Tun Dr Mahathir, sambil diperhatik­an oleh Setiausaha Agung PPBM Datuk Marzuki Yahya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia