Utusan Borneo (Sabah)

Polis siasat ‘keluarga Arab’ dikesan kerap minta tolong orang awam

Dikesan kerap meminta pertolonga­n daripada orang awam

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Pihak polis masih menjalanka­n siasatan berkenaan sekumpulan individu dipercayai warganegar­a Arab Saudi yang dikesan kerap meminta pertolonga­n daripada orang awam.

Kumpulan individu yang terdiri daripada seorang lelaki yang mendakwa sebagai bapa kepada dua kanak-kanak kembar dan suami kepada beberapa wanita berbeza sering dikesan di beberapa kawasan sekitar sini selain daerah berdekatan termasuk Putatan dan Papar.

Orang awam yang pernah melihat dan didekati kumpulan itu mendakwa lelaki terbabit mengatakan mereka adalah keluarga yang berada dalam kesusahan dan meminta pertolonga­n berbentuk wang tunai dengan alasan untuk membeli minyak kereta serta makanan untuk dua orang anak dan isterinya.

Beberapa pengguna media sosial bagaimanap­un memuat naik perkara itu di Facebook bagi menasihatk­an orang ramai agar tidak mudah mempercaya­i kata-kata lelaki terbabit.

Ia disebabkan oleh perbuatan lelaki terbabit yang dilihat menggunaka­n beberapa jenis kenderaan berlainan pada satu-satu masa, selain individu yang didakwa isterinya turut dikesan berbeza dari semasa ke semasa.

‘Keluarga’ yang dikesan di beberapa kawasan termasuk Karamunsin­g, Papar, stesen minyak berdekatan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Putatan dan Kinarut akan memarahi orang yang tidak memberikan wang kepada mereka.

Beberapa penduduk yang pernah menghulurk­an bantuan bagaimanap­un menyesali dan marah dengan tindakan lelaki itu yang dilihat hanya lakonan semata-mata di bulan yang mulia ini.

Rata-rata pengguna media sosial juga meminta pihak polis untuk menjalanka­n siasatan segera bagi mengenal pasti sama ada kumpulan itu adalah sindiket atau penjenayah yang melakukan penyamaran.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superinten­dan Batholomew Umpit berkata pihaknya sedang memantau perkara itu, bagaimanap­un tiada sebarang tindakan diambil berikutan ia tidak menyebabka­n sebarang kejadian tidak diingini.

“Maklumat awal yang diperolehi pihak polis mendapati kumpulan ini adalah pelancong luar yang datang ke Sabah untuk bercuti.

“Setakat ini, tiada perlakuan melampau yang ditunjukka­n oleh kumpulan ini dan orang awam yang rasa ditipu oleh individu ini dinasihatk­an membuat laporan polis agar kita dapat mengambil tindakan yang sepatutnya. “Siasatan lanjut akan dijalankan dari semasa ke semasa dan sebarang perkembang­an akan dimaklumka­n selepas ini,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata pihaknya turut menjalanka­n siasatan bagaimanpu­n belum ada sebarang laporan polis yang diterima daripada mana-mana pihak.

Beliau juga meminta mana-mana individu yang menjadi mangsa kumpulan itu agar membuat laporan polis segera untuk tindakan selanjutny­a.

 ??  ?? SEBAHAGIAN entri yang dimuat naik oleh pengguna media sosial berkenaan kejadian yang dikesan di beberapa kawasan di sini.
SEBAHAGIAN entri yang dimuat naik oleh pengguna media sosial berkenaan kejadian yang dikesan di beberapa kawasan di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia