Utusan Borneo (Sabah)

Kemahiran bakeri bantu OKU jana pendapatan

Bantu OKU jana pendapatan

-

DILAHIRKAN sebagai orang kelainan upaya (OKU) bukan penghalang bagi lapan pelatih Pusat Pendidikan OrangOrang Buta Sabah untuk memajukan diri dalam bidang bakeri.

Nathanael Boidon Bernard, 22, yang dilahirkan dengan masalah pendengara­n berkata, kekurangan diri tidak langsung menjadi halangan buatnya untuk dilantik sebagai jurulatih pastri di pusat berkenaan.

Beliau melihat kekurangan yang dihadapiny­a sebagai sesuatu yang positif memandangk­an kekurangan itu menjadi kelebihan kerana ia membolehka­n dia fokus pada sesuatu pekerjaan.

“Kekurangan diri menjadi kelebihan kepada saya kerana dapat lebih fokus kepada sesuatu pekerjaan dan saya memilih menceburka­n diri secara serius dalam bidang ini pada 2018 selepas mendapat pendidikan secara formal daripada ATI College di Persatuan Rumah Amal Sabah (Sabah Cheshire REGINA Home).

“Sebenarnya, minat menceburka­n diri dalam bidang pastri tercetus selepas kerap melihat rancangan televisyen mengenai bakeri selain mendapat sokongan penuh daripada keluarga.

“Selama setahun saya didedahkan dengan teknik menyediaka­n pastri dan dengan Sijil Asas Pastri serta kemahiran yang dipelajari membantu saya mendapatka­n pekerjaan di Pusat Pendidikan Orangorang Buta Sabah ini.

“Bekerja di sini memang menyeronok­kan kerana dapat membantu rakanrakan yang mempunyai masalah seperti saya untuk menambah kemahiran dan seterusnya dapat berdikari pada masa hadapan.

“Saya juga berhasrat untuk membuka kafe pada suatu hari nanti agar dapat memberi peluang pekerjaan dan membantu mereka yang kurang bernasib baik,” kongsi anak ketiga dari enam beradik itu sambil tersenyum.

JANA PENDAPATAN SAMPINGAN

Sementara itu, pengetua pusat berkenaan, Regina Wong berkata pihaknya bukan sahaja menawarkan biskut raya tetapi turut menyediaka­n pelbagai pastri bergantung kepada musim perayaan dan juga ada yang dibuat secara harian.

Pada kali ini, pihaknya menyediaka­n biskut Hazelnut Rosettes Cookies, biskut Makmur, Butter Strawberry Jam Cookies dan Batang Buruk Crackers.

“Harga yang ditawarkan bermula dari RM12 hingga RM20, bergantung kepada jenis biskut dan kuantitiny­a.

“Kami menyasarka­n 400 balang biskut dapat dijual bagi perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi. Buat masa sekarang, promosi dilakukan secara kecilkecil­an dengan bantuan ibu bapa pelatih yang menjual kepada rakan-rakan mereka.

“Kami amat berharap orang ramai dapat membantu membeli hasil produk bakeri kami kerana ia dapat membantu menampung perbelanja­an pembelian bahan mentah serta sedikit sebanyak dapat menambah pendapatan pelatih-pelatih di pusat ini,” ujarnya.

TAWAR PELUANG PEKERJAAN

Menurut Regina, objektif utama penubuhan bakeri itu juga adalah untuk membantu pelatih yang sukar mendapat pekerjaan selepas tamat persekolah­an.

“Ada di antara mereka ini bukan hanya mengalami masalah pekak dan bisu, tetapi ada juga yang mengalami masalah autisme dan sebagainya.

“Memandangk­an agak sukar untuk mereka mendapat pekerjaan di luar dan atas permintaan daripada ibu bapa yang memohon supaya diwujudkan peluang pekerjaan kepada anakanak mereka, kita berharap dengan sokongan ibu bapa mereka akan dapat berdikari dan menjana pendapatan sendiri pada suatu hari nanti,” katanya kepada pemberita.

KEBERSIHAN, KESELAMATA­N TERJAMIN

Menurut Regina, pelatih di pusat berkenaan telah dididik dan diberi penekanan mengenai kebersihan serta keselamata­n semasa bekerja.

“Buat masa ini, terdapat lapan pelatih mengusahak­an bakeri di pusat berkenaan yang berumur 20 hingga 35 tahun dengan dibantu oleh lima orang guru.

“Selain bakeri, pusat di bawah Kementeria­n Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat berkenaan turut menyediaka­n prasekolah kepada kanak-kanak seawal umur dua tahun hingga enam tahun yang mengalami masalah pendengara­n,” kongsinya.

Tambah beliau, mereka juga ada menerima peruntukan daripada kerajaan bagi membantu pentadbira­n dan operasi pusat berkenaan selain untuk melaksanak­an programpro­gram bagi membantu dan memajukan golongan OKU.

SOKONGAN KELUARGA

Mempunyai anak yang mengalami masalah pendengara­n, Aedna Polen, 29, berkata ibu bapa yang mempunyai anak istimewa tidak perlu merasa malu malah perlu tampil bagi mendapat bantuan dan sokongan daripada pihak yang berkenaan.

Surirumah dari Kampung Nosoob Baru, Penampang itu berkongsi kesedihan dan kerisauan yang dialami apabila doktor memaklumka­n anak sulungnya Christ Brayden Majelis, 8, mengalami masalah pendengara­n.

“Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan ketika itu. Saya dan suami terus berfikir, bagaimana dia mahu menguruska­n diri? Bagaimana dia hendak bergaul dengan rakanrakan­nya nanti? “Syukur kerana pada ketika itu kami masih menetap di Kuala Lumpur dan dapat menghantar Christ ke Pusat Majudiri ‘Y’ For The Deaf (PMY) di Bricksfiel­d di mana tenaga pengajar mempunyai kemahiran untuk mendidik dan menjaganya.

“Tiga tahun lepas, kami berpindah ke Sabah untuk memudahkan dia belajar dan pada masa kini, Christ

bersekolah di Sekolah Rendah Pendidikan Khas Kota Kinabalu yang terletak

di Tuaran,” katanya.

SUKARELAWA­N

Dalam pada itu, Aedna juga sering menjadi sukarelawa­n di Pusat Pendidikan Orangorang Buta Sabah.

“Tiada paksaan untuk saya datang ke sini, malah saya suka datang membantu kerana bergaul dengan mereka saya dapat lebih memahami keadaan dan masalah mereka sekali gus membolehka­n saya berkomunik­asi dengan lebih baik bersama Christ.

“Sebelum ini, saya sering menghadapi masalah untuk berkomunik­asi dengan anak saya sehingga kadang kala menyebabka­n dia sering mengamuk kerana kami sekeluarga tidak memahami dirinya.

“Ada kalanya, saya terpaksa meminta dia untuk melukis apa yang dia inginkan. Oleh itu, saya dan suami membuat keputusan untuk mempelajar­i bahasa isyarat.

“Sekarang, komunikasi dengannya berjalan lancar dan kami dapat memahami antara satu sama lain, dan kini seluruh keluarga juga mempelajar­i bahasa isyarat,” katanya tersenyum.

HARAPAN

Dia juga berharap pihak kerajaan atau NGO akan memperbany­akkan lagi kelas atau sekolah pendidikan khas di lokasi-lokasi yang lebih strategik selain mewujudkan kelas pembelajar­an OKU pendengara­n Tingkatan 4 dan 5 di negeri ini.

Bagi orang ramai yang ingin membantu dan mendapatka­n biskut raya boleh mendapatka­nnya pada atau sebelum 30 Mei ini, atau ingin membuat sebarang tempahan dengan menghubung­i Regina di talian 088-230894 atau 0168360577. -Artikel Jabatan Penerangan

 ??  ??
 ??  ?? PARA pelatih bergambar bersama Regina (dua kanan). AEDNA (kiri) bersama anak bongsu dan rakannya semasa membantu membuat Batang Buruk Crackers. NATHANAEL turut membantu pelatih menyiapkan biskut raya. NATHANAEL SALAH seorang pelatih menyusun doh untuk dibakar.
PARA pelatih bergambar bersama Regina (dua kanan). AEDNA (kiri) bersama anak bongsu dan rakannya semasa membantu membuat Batang Buruk Crackers. NATHANAEL turut membantu pelatih menyiapkan biskut raya. NATHANAEL SALAH seorang pelatih menyusun doh untuk dibakar.
 ??  ?? NATHANAEL (kiri) menggunaka­n bahasa isyarat untuk berkata sesuatu kepada Regina (kanan).
NATHANAEL (kiri) menggunaka­n bahasa isyarat untuk berkata sesuatu kepada Regina (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia