Utusan Borneo (Sabah)

Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah mangkat

-

KUANTAN: Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah AlMusta’in Billah mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada 8.50 pagi Rabu.

Khabar dukacita itu disahkan oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerusi satu kenyataan media di sini.

“Dengan penuh rasa kesedihan dan kesayuan, saya mengumumka­n kemangkata­n Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al Muadzam Shah pada pagi Rabu, 22 Mei bersamaan 17 Ramadan 1440 Hijrah.

“Sehubungan itu, saya mohon rakyat jelata sekalian agar samasamala­h mendoakan semoga roh almarhum Paduka Ayahanda dirahmati Allah SWT dan ditempatka­n bersama-sama para syhuhada,” katanya.

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddi­n Ishak dijadualka­n membuat sidang media khas berkaitan kemangkata­n itu pada 11.30 pagi di Wisma Sri Pahang di sini.

Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah, 88, merupakan Sultan Pahang kelima dan ayahanda kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah.

Baginda menyerahka­n takhta kepada Al-Sultan Abdullah pada 12 Jan lalu.

Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah diputeraka­n pada 24 Okt 1930 di Istana Mangga Tunggal, Pekan dan merupakan anakanda ketiga Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin AlMu’adzam Shah dengan Almarhumah Tengku Ampuan Besar Pahang Raja Fatimah Sultan Iskandar Shah.

Almarhum dimasyhurk­an sebagai Sultan Pahang pada 7 Mei 1974, dua hari selepas kemangkata­n ayahanda baginda, selain pernah beberapa kali dilantik sebagai Pemangku Raja Pahang pada tahun 1956, 1959 dan 1965 kerana sultan berada di luar negara.

Baginda dikurniaka­n gelaran Tengku Mahkota Pahang di Istana Seri Terentang, Pekan pada 25 Mei 1944 sebelum dimasyhurk­an buat kali kedua pada 29 Mei 1949.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia