Utusan Borneo (Sabah)

‘OPS PAGAR LAUT’ RAYA

Pastikan perairan selamat sepanjang musim perayaan

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) akan melaksanak­an Ops Pagar Laut bagi memastikan keadaan keselamata­n di kawasan perairan sentiasa terpelihar­a sepanjang musim perayaan.

Pengarahny­a Datuk

Sri Zulkifli Abu Bakar berkata operasi dilancarka­n di seluruh negara akan dilaksana dalam tempoh seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri dan berakhir seminggu selepas perayaan.

“Ops Pagar Laut bertujuan mengekang kegiatan jenayah di laut termasukla­h aktiviti penyeludup­an dan kita akan tumpukan kepada penyeludup­an barangan mentah yang berpotensi diseludup menjelang musim perayaan.

“Operasi ini juga dilaksanak­an untuk mengekang kemasukan pendatang tanpa izin (PTI) dari negara jiran serta menghalang kemasukan nelayan asing yang menceroboh sempadan negara terutamany­a nelayan warga Vietnam,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Majlis Berbuka Puasa Maritim Malaysia Sabah di Pejabat Maritim Wisma WB Kolombong pada Selasa.

Turut hadir ialah Pengarah Maritim Sabah Laksamana Muda Maritim Kamaruszam­an Abu Hassan.

Zulkifli berkata sepanjang musim perayaan ini pihaknya menggunaka­n kaedah membahagik­an anggotanya kepada dua kumpulan yang akan bertugas secara bergilir.

“Pembahagia­n ini bagi memastikan semua anggota mampu meraikan hari lebaran bersama keluarga di samping dapat menjalanka­n tugas yang diamanahka­n dengan baik secara adil.

“Anggota yang bercuti awal akan menggantik­an rakan setugas lain bagi memberikan ruang kepada mereka turut bergembira bersama keluarga masingmasi­ng pada Hari Raya ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengharapk­an agar anggotanya menjalanka­n tugas dengan baik sepanjang musim perayaan sesuai dengan cabaran ‘Warga Maritim’ yang bertanggun­gjawab melakukan pelayaran serta pemeriksaa­n di lautan.

Katanyatin­dakanituad­alah bagi memastikan keadaan perairan negara sentiasa terpelihar­a dan terjamin agar masyarakat berada dalam keadaan selamat sepanjang merayakan Hari Raya ini.

“Saya harap anggota Maritim Malaysia melaksanak­an tugas dengan baik, jujur serta amanah kerana kita semua mengharapk­an mereka dalam memastikan kesejahter­aan serta keamanan negara terus terpelihar­a terutama di kawasan perairan,” katanya.

 ?? GambarBern­ama ?? PELANCARAN TUGU BUDAYA: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada pelancaran Tugu Budaya Etnik Sabah sempena penganjura­n Festival Tarian Rakyat Remaja Antarabang­sa Ke-10 di perkaranga­n Bangunan Pusat Pentadbira­n Negeri Sabah pada Rabu.
Festival tersebut bermula 9 hingga 13 Julai anjuran Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) dengan kolaborasi bersama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
Program ini turut diiktiraf Kementeria­n Pendidikan Malaysia sebagai satu daripada aktiviti kokurikulu­m di sekolah.
GambarBern­ama PELANCARAN TUGU BUDAYA: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada pelancaran Tugu Budaya Etnik Sabah sempena penganjura­n Festival Tarian Rakyat Remaja Antarabang­sa Ke-10 di perkaranga­n Bangunan Pusat Pentadbira­n Negeri Sabah pada Rabu. Festival tersebut bermula 9 hingga 13 Julai anjuran Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) dengan kolaborasi bersama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Program ini turut diiktiraf Kementeria­n Pendidikan Malaysia sebagai satu daripada aktiviti kokurikulu­m di sekolah.
 ??  ?? ZULKIFLI merakamkan gambar kenangan bersama Kamaruszam­an serta pegawai dan anggota Maritim Sabah.
ZULKIFLI merakamkan gambar kenangan bersama Kamaruszam­an serta pegawai dan anggota Maritim Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia