Utusan Borneo (Sabah)

Maritim Malaysia tahan dua kapal kargo

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

LABUAN: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan dua kapal kargo selepas didapati melakukan kesalahan mengikut Kaedah Bot 1953.

Pengarah Maritim Labuan Kapten Maritim Che Adnan Md Isa berkata tangkapan pertama dilaksanak­an di perairan Beaufort kira-kira 6.4 batu nautika dan 7.2 batu nautika barat Teluk Padas Beaufort, awal pagi Selasa.

“Semasa diperiksa, kapal kargo terbabit dinaiki seorang nahkoda warga tempatan serta dua kru warga Filipina yang mempunyai dokumen perjalanan sah kira-kira jam 8.40 pagi.

“Hasil pemeriksaa­n lanjut bagaimanap­un mendapati kapal terbabit berlayar tanpa pegawai jurutera seperti yang diperuntuk­kan dalam lesen kapal,” katanya.

Tambahnya pihak kapal melanggar peraturan mengikut Kaedah Bot 1953 kerana beroperasi tanpa keanggotaa­n yang mencukupi sebagaiman­a dikehendak­i pegawai pelabuhan.

“Sekiranya disabitkan kesalahan, pihak kapal boleh dikenakan hukuman denda sebanyak RM10 ribu atau kompaun RM5,000,” katanya.

Sementara itu, dalam satu lagi tangkapan berasingan, sebuah kapal kargo dengan muatan air bersih dikesan di 7.2 batu nautika barat Teluk Padas Beaufort, kira-kira jam 9.30 pagi.

“Sebaik diperiksa, kapal kargo yang dikendalik­an seorang nahkoda warga Indonesia dan empat kru tempatan melanggar syarat sah lesen kerana mengoperas­ikan kapal dengan nahkoda berbeza daripada yang direkodkan di dalam lesen.

“Pemilik kapal melakukan kesalahan mengikut Kaedah Bot 1953 iaitu gagal melaporkan pertukaran nahkoda kepada pegawai pelabuhan,” kata Che Adnan.

Menurutnya kedua-dua kapal ditahan dan dibawa ke Jeti Maritim Labuan untuk siasatan lanjut.

 ??  ?? KAPAL kargo yang ditahan di perairan Teluk Padas Beaufort awal pagi Selasa.
KAPAL kargo yang ditahan di perairan Teluk Padas Beaufort awal pagi Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia