Utusan Borneo (Sabah)

POIC Lahad Datu terus diperkasa

Komitmen kerajaan jadikan Sabah destinasi pelaburan menarik

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Pemilihan Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) Lahad Datu sebagai Pelabuhan Tender untuk minyak sawit mentah (MSM) membuktika­n komitmen kerajaan negeri untuk menjadikan Sabah sebagai destinasi pelaburan yang menarik.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, langkah berkenaan turut menunjukka­n kerajaan negeri kini dalam pentadbira­n yang betul.

“Saya gembira kerana penilaianA­siaPacific­Exchange Pte Ltd (Apex) memilih Lahad Datu disebabkan potensinya sebagai Pelabuhan Tender ketiga untuk MSM dan Kontrak Niaga Hadapan Minyak Sawit Olein di Malaysia menunjukka­n hasil positif.

“POIC Lahad Datu memainkan peranan penting ketika ini dalam menyokong usaha berterusan kerajaan negeri untuk membangunk­an industri minyak sawit selain memudahkan pembanguna­n di pantai timur Sabah.

“Ini membuktika­n kerajaan mentadbir dengan betul dan Sabah mempunyai banyak potensi untuk ditawarkan sebagai destinasi pelaburan yang menarik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran POIC Pangkalan Kargo Pukal Lahad Datu di sini pada Selasa.

Shafie berkata, menerusi usaha yang dilaksanak­an itu, ia akan menghubung­kan pemain industri tempatan dengan pembeli antarabang­sa melalui Apex.

Selain itu, jelasnya, peniaga tempatan MSM dan Minyak Sawit Olein mempunyai lebih banyak pilihan serta dapat melihat harga produk mereka berdasarka­n harga yang sentiasa dipaparkan pada platform Apex.

“Pilihan yang diperluask­an bagi pemain industri tempatan akan menjadikan harga yang lebih berpatutan untuk MSM dan Minyak Sawit Olein.

Terdahulu, beliau turut menyaksika­n majlis menandatan­gani perjanjian perkhidmat­an antara Pengasas yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Apex Eugene Zhu dan Ketua Pegawai Eksekutif POIC Sabah Sdn Bhd Datuk Dr Pang Teck Wai.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.

 ??  ?? SHAFIE (dua kanan) dan Madius (tiga kanan) menyaksika­n Eugene (kanan) saling bertukar dokumen dengan Pang (tiga kiri) pada majlis itu.
SHAFIE (dua kanan) dan Madius (tiga kanan) menyaksika­n Eugene (kanan) saling bertukar dokumen dengan Pang (tiga kiri) pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia