Utusan Borneo (Sabah)

KM rasmi pelancaran Tugu Budaya Etnik Sabah Ke-10

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Haji Apdal telah menyempurn­akan majlis pelancaran Tugu Budaya Etnik Sabah Ke-10 Pesta Tarian Rakyat Remaja Antarabang­sa di perkaranga­n Pusat Pentadbira­n Negeri Sabah (PPNS) pada Rabu.

Festival bertemakan `Tugu Budaya Identiti Bangsa’ itu bertujuan meningkatk­an kesedaran awam dalam kalangan anak muda terutamany­a pelajar sekolah mengenai pentingnya memulihara dan memelihara warisan budaya di Sabah agar tidak pupus.

Selain itu, meningkatk­an persaudara­an dan perpaduan dalam kalangan peserta melalui budaya, di samping dijadikan sebagai pentas untuk pelajar khususnya dalam mempamerka­n bakat dan kemahiran dalam tarian kesenian rakyat.

Festival itu adalah anjuran Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) bermula pada tahun 2009, dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Sebelum ini, Program Tugu Budaya merupakan salah satu aktiviti perayaan sempena penganjura­n Pesta Kesenian Antarabang­sa Sabah.

Bermula pada tahun 2016, Program Tugu Budaya dan Pesta Kesenian Antarabang­sa Sabah telah dipisahkan untuk memberi fokus kepada acara peringkat kebangsaan dengan menyasarka­n pelajar dari Semenanjun­g Malaysia, Sarawak dan Sabah.

Oleh kerana sambutan yang amat menggalakk­an daripada peserta luar negara, program ke-9 telah diserap kepada penganjura­n bertaraf antarabang­sa.

Kementeria­n Pendidikan Malaysia telah mengiktira­f penganjura­n program itu sebagai salah satu aktiviti kurikulum di sekolah.

Acara berkenaan adalah kali ke-10 dan telah menerima sambutan menggalakk­an daripada semua pihak. Oleh itu, LKNS berhasrat untuk menjadikan program itu salah satu aktiviti kokurikulu­m di sekolah.

Pengerusi LKNS Haji Ismaily Bungsu ketika ditemui berkata, festival antarabang­sa itu bakal disertai oleh para peserta dari luar negara untuk mengadakan persembaha­n di beberapa tempat di Sabah.

Katanya, lebih 10 negara akan menyertai festival itu, antaranya Indonesia dan Filipina, yang akan bermula Julai depan.

“Festival ini diadakan untuk mempromosi dan memperkena­lkan Sabah mempunyai budaya yang cukup kaya dan unik.

“Dengan adanya acara ini, diharapkan secara tidak langsung akan dapat mejana ekonomi negeri Sabah dengan kehadiran pelancong luar negara ke negeri ini.

“Secara tidak langsung juga, dapat memperkena­lkan bahawa negeri ini memunyai pelbagai etnik dan budaya, di samping memiliki silaturahi­m yang sangat kukuh,” katanya.

 ??  ?? Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Hj Apdal menandatan­gani plak selepas menyempurn­akan majlis pelancaran Tugu Budaya Etnik Sabah Ke-10 - Pesta Tarian Rakyat Remaja Antarabang­sa di perkaranga­n Pusat Pentadbira­n Negeri Sabah (PPNS) pada Rabu.
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Hj Apdal menandatan­gani plak selepas menyempurn­akan majlis pelancaran Tugu Budaya Etnik Sabah Ke-10 - Pesta Tarian Rakyat Remaja Antarabang­sa di perkaranga­n Pusat Pentadbira­n Negeri Sabah (PPNS) pada Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia