Utusan Borneo (Sabah)

Tugu Budaya Etnik Sabah Ke-10 pada 9-13 Julai

- TAMBANAN Oleh JOHN

KOTA KINABALU: Tugu Budaya Etnik Sabah Ke-10 - Pesta Tarian Rakyat Remaja Antarabang­sa akan diadakan pada 9 hingga 13 Julai di dua lokasi iaitu Pusat Kebudayaan Sabah, Penampang dan Imago Mall, di sini.

Majlis perasmian festival itu akan disempurna­kan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew di Imago Mall pada 9 Julai, jam 7.30 malam.

Christina yang juga Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar akan turut menjadi tetamu kehormat pertanding­an Pesta Tarian Rakyat Remaja Antarabang­sa di Pusat Kebudayaan Sabah pada 10 Julai, jam 7 malam.

Hari kedua (11 Julai) pertanding­an Pesta Tarian Rakyat Remaja Antarabang­sa akan dihadiri oleh Menteri Pelajaran dan Inovasi Datuk Dr Yusof Yacob selaku tetamu kehormat pada jam 7 malam.

Sementara hari ketiga (12 Julai) pertanding­an akan dihadiri oleh Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Assafal P Allian selaku tetamu kehormat pada jam 7 malam.

Majlis makan malam perpisahan dan penyampaia­n hadiah akan dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Haji Apdal, selaku tetamu kehormat pada 13 Julai, jam 7.30 malam.

Tugu Budaya Etnik Sabah Ke-10 - Pesta Tarian Rakyat Remaja Antarabang­sa dianjurkan oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah.

Tiket boleh didapatkan di LKNS, Wisma Budaya, Kota Kinabalu dengan menghubung­i talian 088-268836/268808, Pusat Kebudayaan Sabah Penampang (088-715464) dan Pusat Pemulihara­an Galeri Kesenian Sabah (088268748/268825) bermula dari jam

8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Harga tiket bagi pertanding­an Pesta Tarian Rakyat Remaja Antarabang­sa adalah RM10 (untuk dewasa) dan RM5 (untuk kanak-kanak dan pelajar berusia 17 tahun ke bawah).

Maklumat lanjut mengenai acara ini, boleh menghubung­i Pengurus Jabatan Korporat dan Komunikasi LKNS Jason Blasius di talian 013-8501579; 088-269862/258762 (D) atau Faks: 088-264235, atau bahagian jualan tiket Jabatan Akaun LKNS (083-268836, Faks: 088-264235). -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia