Utusan Borneo (Sabah)

Ewon teruskan berbuka puasa bersama masyarakat Islam

-

KOTA BELUD: Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Ewon Benedick meneruskan tradisinya berbuka puasa bersama masyarakat Islam setiap kali tiba bulan Ramadan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian.

Beliau yang juga Adun Kadamaian memulakan amalan berbuka puasa itu sejak enam tahun lalu sebelum menjadi wakil rakyat kawasan itu atas keprihatin­an dan untuk mengukuhka­n ikatan persahabat­an yang sedia terjalin di antara masyarakat Islam dan bukan Islam di kawasan berkenaan.

“Saya berterima kasih kepada pengerusi-pengerusi masjid di kawsan DUN Kadamaian atas kesudian menjemput saya berbuka puasa bersama penduduk kampung.

“Tradisi seumpama ini harus diteruskan untuk mengukuhka­n perpaduan, persefaham­andanmener­apkan budaya hormat menghormat­i antara satu sama lain yang berbeza anutan agama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa bersama penduduk kampung di perkaranga­n Masjid Kg Tambulion, di sini pada Selasa.

Ewon turut mengulangi komitmenny­a untuk terus membantu menyediaka­n keperluan di rumah-rumah ibadat termasuk masjid, surau dan gereja di DUN Kadamaian.

“Saya berharap kerjasama dan kerja berpasukan yang kita amalkan sejak sekian lama di kawasan ini akan terus diperkukuh­kan bagi memudahkan kita menyalurka­n peruntukan atau bantuan yang diperlukan masyarakat kampung,” katanya.

Pada majlis itu, Ewon menyampaik­an sumbangan sejumlah RM10,000 iaitu RM5,000 untuk membiayai kos baik pulih pondok perkuburan orang Islam di Kampung Tambulion, RM3,000 untuk Tabung MasjidTamb­uliondanma­singmasing RM1,000 untuk Kelab Kebajikan Kadamaian dan Lembaga Pelawat Hospital Kota Belud.

Sebelum ini, beliau turut menghadiri Majlis Iftar Ramadan (Nurul Al-Quran) anjuran Jabatan Kemas dengan kerjasama Badan Dakwah Daerah dan Masjid Kg Rajunah Kota Belud di masjid kampung itu.

Pada majlis berbuka puasa di Kg Rajunah, beliau menyampaik­an sumbangan sejumlah RM6,000 iaitu masing-masing RM3,000 untuk Tabung Masjid dan Ziarah Kasih.

 ??  ?? EWON menyampaik­an sumbangan kepada Pengerusi Masjid Tambulion Hamrin Nuar.
EWON menyampaik­an sumbangan kepada Pengerusi Masjid Tambulion Hamrin Nuar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia