Utusan Borneo (Sabah)

Bahasa ibunda KDM di ambang kepupusan

Langkah drastik perlu segera dilakukan

- Oleh JOHN TAMBANAN (kanan) menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang Piboian Manangon dalam dalam Bahasa KDM Peringkat Negeri Sabah di Dewan Terbuka KDCA.

PENAMPANG: Sama ada disedari atau tidak atau barangkali selama imi telah terlepas pandang, hakikatnya majoriti bahasa ibunda Kadazan Dusun dan Murut (KDM) di Sabah sedang berada di ambang kepupusan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, ia kerana sudah tidak ada lagi generasi pertama yang merupakan penutur asli bahasa ibunda masyarakat KDM.

Sementara dalam kalangan generasi kedua pula, hanya sebahagian sahaja yang mampu menuturkan bahasa ibunda masing-masing itupun sudah bercampur-campur dengan pengaruh bahasa lain.

“Seterusnya, generasi yang ketiga serta keempat kita dapati tidak ramai yang mampu bertutur dalam bahasa ibunda sendiri kerana penggunaan bahasa ibunda baik dari rumah, tadika, sekolah, tempat ibadah dan tempat awam bukan lagi satu budaya pada zaman ini.

“Maka itu, jika tidak ada sesuatu yang drastik dilakukan sesegerany­a hari ini, masa itu akan tiba di mana bahasa ibunda kita akan hanya tinggal kenangan dalam memori kita masing-masing.

“Perginya kita meninggalk­an dunia yang fana ini, jika tidak ada rekod disimpan di arkib, kewujudan bahasa-bahasa ibunda ini akan menjadi bahan cerita lagenda sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyemurna­kan majlis penutupan Pertanding­an Bercerita Dalam Bahasa KDM Peringkat Negeri Sabah 2019 yang pertama di Dewan Terbuka Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA), di sini pada Rabu.

Turut hadir, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar William Baya, Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah Haji Ismaily Bungsu, Pemegang Kerusi Kadazan-Dusun, Universiti Malaysia Sabah (UMS) merangkap Penasihat programPer­tandinganB­ercerita Dalam Bahasa KDM 2019 Profesor Madya Dr Andreas Totu, Pengerusi Pertanding­an Bercerita Dalam Bahasa KDM Peringkat Negeri merangkap PresidenPe­rsatuanKeb­udayaan Dusun Liwan Sabah Jiliah Situn, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Mistrine Radin dan Pengurus Yayasan Bahasa Kadazan Dusun Rita Lasimbang.

Madius yang juga Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian berkata, sungguhpun penganjura­n pertanding­an yang pertama itu hanya melibatkan beberapa etnik KDM sahaja, namun itu tidak menjadi masalah.

“Apa yang lebih penting adalah langkah yang yang kita ambil ini dapat membangkit­kan semangat cintakan bahasa ibunda dalam kalangan kita, dan saya percaya ini secara tidak langsung akan menggalakk­an penuturan bahasa ibunda di rumah, di sekolah, di tempat awam, di tempat kerja dan di peringkat komuniti setempat dari usia muda,” katanya.

Justeru, beliau menyaranka­n agar acara pertanding­an bercerita itu diadakan secara konsisten serta kreatif setiap tahun dan dijadikan sebagai acara tahunan di peringkat kampung, sekolah serta daerah pada bila-bila masa dan tidak semestinya dilakukan hanya pada musim Pesta Kaamatan sahaja.

“Ia kerana, jika ini dapat kita lakukan secara sepakat, saya percaya suatu hari nanti akan menjadi pemangkin kepada sesuatu yang lebih besar berlaku,” katanya.

Beliau memberi contoh, bahasa ibunda akan kembali dipertutur­kan di setiap rumah KDM, akan lebih luas serta kerap digunakan dalam urusan perniagaan atau komunikasi harian, dan digunakan untuk penghasila­n pelbagai karya seni yang berlatarka­n bahasa ibunda Sabah.

“Ia kerana sudah tidak ada lagi generasi pertama yang merupakan penutur asli bahasa ibunda masyarakat ” KDM. DATUK SERI PANGLIMA WILFRED MADIUS TANGAUT Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? MADIUS
MADIUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia