Utusan Borneo (Sabah)

Salah guna kuasa, guna dokumen palsu: Penjawat awam ketahui nasib 26 Julai

-

KOTA KINABALU: Seorang penjawat awam yang didakwa atas 33 pertuduhan menyalahgu­nakan kedudukann­ya melantik syarikat miliknya bagi menjalanka­n kerja-kerja pembekalan di Pusat Rawatan danPemulih­an(CCRC)Papar melibatkan RM164,437, akan mengetahui nasibya pada 26 Julai.

Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat membuat keputusan itu terhadap Mohd Syamsul Jikan, 41, setelah kes berkenaan ditutup pada peringkat akhir pendakwaan.

Pada tarikh itu nanti, tertuduh akan mengetahui sama ada dipanggil membela diri atas semua pertuduhan berkenaan atau sebaliknya.

Tertuduh sebagai pembantu Antidadah Gred S22, didakwa atas 30 pertuduhan menggunaka­n kuasanya sebagai penyelengg­ara stor untuk mendapatka­n suapan.

Dengan cara mengemukak­an sebut harga syarikat Emmy Stationary dipilih sebagai pembekal kepada pejabat, baju program, peralatan sukan dan buku program CCRC.

Atas semua pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara selama 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan, atau RM10,000 mengikut mana-mana nilai yang lebih tinggi.

Tiga pertuduhan menggunaka­n dokumen sebut harga palsu yang mana tertuduh didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dihukum mengikut Seksyen 465 kanun sama.

Sabit salah boleh dikenakan penjara selama dua tahun atau denda, atau keduaduany­a.

Sepanjang perbicaraa­n pada peringkat pendakwaan seramai 19 saksi dipanggil memberikan keterangan.

Tertuduh yang diwakili peguam Hamid Ismail kini dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM50,000 deposit RM25,000 dicagarkan dua penjamin tempatan.

Timbalan Pendakwara­ya RozannaAbd­HadidariSP­RM melakukan pendakwaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia