Utusan Borneo (Sabah)

Miliki dua ekor tenggiling: Kes disebut semula 19 Jun

-

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan sebutan semula kes pada 19 Jun, terhadap seorang lelaki tempatan yang didakwa memiliki dua ekor tenggiling (Manis Javanica) hidup yang disenaraik­an sebagai haiwan dilindungi.

Hakim Elsie Primus membuat keputusan itu terhadap Choo Yau Hock, 58, yang mana pada Rabu sepatutnya untuk jatuh hukum dan fakta kes.

Tertuduh mengekalka­n pengakuan salah memiliki dua haiwan dilindungi, seperti disenaraik­an dalam Jadual 2, Bahagian 1, Enakmen Pemelihara­an Hidupan Liar 1997 tanpa kebenaran pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah.

Kesalahan didapati dilakukan pada 28 Februari 2017 jam 4.10 petang di sebuah rumah, Jalan Mawas, Taman Foh Sang, Luyang di sini.

Tertuduh didakwa mengikut pindaan pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 40 Enakmen Pemelihara­an Hidupan Liar 1997, dihukum mengikut Seksyen 40 (3) enakmen sama.

Jika sabit salah boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara selama tempoh dua tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu peguam Luke Ressa Balang menyatakan pihaknya memohon diberikan tempoh untuk membuat ‘plea bargaining’ (akuan persetujua­n).

Namun Pegawai Pendakwa Abdul Karim Dakog menyatakan kes berkenaan seharusnya selesai pada hari ini (Rabu) selepas tertuduh kekal mengaku salah.

Katanya adalah lebih baik kes berkenaan diputuskan segera agar tidak membazir masa mahkamah dan pihaknya.

Elsie menyatakan kes berkenaan tetap akan diteruskan pada tarikh yang ditetapkan meskipun apa juga keputusan ‘plea bargaining’ itu nanti.

Sebelum ini , tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41 (2) Enakmen Pemelihara­an Hidupan Liar 1997 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 41 (4) (b) enakmen sama.

Hukuman yang diperuntuk­kan denda mininum RM30,000 dan maksimum RM100,000 atau penjara antara enam bulan hingga lima tahun, atau kedua-duanya.

Dalampadai­tu,jaminanter­hadap Choo sebanyak RM20,000 deposit RM10,000yangdic­agarkanseo­rang penjamin tempatan dilanjutka­n.

Abdul Karim dari Jabatan Hidupan Liar Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia