Utusan Borneo (Sabah)

Masjid Nurul Hidayah pertama dibina di Kg Brantian

- Oleh AMIR ANUAR

KALABAKAN: Impian penduduk kampung memiliki sebuah masjid sendiri tercapai dengan terbinanya Masjid Nurul Hidayah bernilai RM100,000 di Kg Brantian.

Perasmian pembukaan masjid itu disempurna­kan oleh Ahli Parlimen Kalabakan Ma’mun Sulaiman yang turut teruja dengan terbinanya rumah ibadah itu di kawasan terbabit.

“Syabas dan tahniah kepada jawatankua­sa yang merancang pembinaan masjid pertama untuk masyarakat Islam di Kg Brantian ini,” katanya dalam teks ucapannya.

Beliau berkata perkembang­an itu sekali gus mengurangk­an kebergantu­ngan penduduk yang selama ini menggunaka­n surau SK Brantian untuk mengerjaka­n solat berjemaah.

Menurutnya, pembinaan masjid itu menarik kerana memperliha­tkan kerjasama badan bukan kerajaan seperti Persatuan Komuniti Bugis Sabah (PKBS) dengan orang ramai.

“Saya yakin kesungguha­n menjayakan pembinaan masjid ini adalah bukti betapa pentingnya pengukuhan ikatan ukhuwah dan semangat kerja berpasukan dipelihara.

“Khususnya, umat Islam tanpa mengira perbezaan status, budaya dan etnik, tetapi berlandask­an iman bukannya melihat ideologi politik dan semangat berkelompo­k.

“Masjid adalah simbol perpaduan ummah, sebagai tempat beribadat, sujud, pusat pembelajar­an ilmu Islam seperti al-Quran, tafsir, hadis, tauhid dan sebagainya,” katanya.

Pengerusi Jawatankua­san Pembanguna­n Masjid Nurul Hidayah Kg Brantian Acho Latipu berkata pembinaan masjid itu menunaikan impian yang dipendamny­a selama dua tahun.

Acho yang juga penyumbang tanah wakaf seluas kira-kira satu ekar untuk mendirikan masjid itu turut menghargai sumbangan para penderma khususnya PKBS dan kenalannya.

Pendakwah bebas Ustaz Mohammad Amin Nasir pula menyifatka­n penubuhan masjid hasil kesepakata­n ramai pihak dan berharap rumah ibadah itu akan terus diimarahka­n.

“Kita juga meletakkan sasaran untuk membina sebuah pusat pendidikan di sebelah bangunan masjid ini iaitu madrasah untuk pengajian agama anak-anak Islam,” katanya.

 ??  ?? MA’MUN menurunkan tandangan di ‘banner’ perasmian Masjid Nurul Hidayah Kg Brantian Kalabakan.
MA’MUN menurunkan tandangan di ‘banner’ perasmian Masjid Nurul Hidayah Kg Brantian Kalabakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia