Utusan Borneo (Sabah)

Ibu kandung bayi dicari, bantu urusan anak angkat

- Oleh MARIAYATI MURSIDI

TUARAN: Jabatan Perkhidmat­an Kebajian Am (JPKA) Tuaran sedang mengesan ibu bapa atau waris kepada seorang bayi lelaki berumur 11 bulan untuk urusan anak angkat oleh pasangan suami isteri.

Pelindung Ruhani Kiah berkata bayi bernama Ariz Aiman itu dirujuk kepada pihaknya oleh pasangan suami isteri berkenaan yang ingin menjadikan­nya sebagai anak angkat mereka.

Menurutnya­bayiitudit­inggalkan kepada pasangan terbabit oleh seorang wanita berbangsa Suluk (ibu kandung bayi berkenaan) di Taman Puterajaya, Telipok pada waktu subuh 22 Julai 2018, meminta mereka membantu menjaga bayi berkenaan. Ketika itu, bayi berkenaan baru berusia 1 bulan, bagaimanap­un nama ibu tidak diperolehi.

Ruhani berkata, pasangan ini menunggu kedatangan ibu bayi itu semula tetapi beliau tidak muncul selepas itu. Selama tempoh itu, pasangan ini menjaga bayi berkenaan seperti anak mereka sendiri dan berhasrat untuk mengambiln­ya sebagai anak angkat.

Bagaimanap­un menurut Ruhani, sebelum sebarang tindakan dapat diambil ke atas bayi berkenaan, pihaknya perlu mengesan ibu kandung atau mana-mana waris untuk membantu bagi menjalanka­n siasatan lanjut berkaitan bayi terbabit.

Sehubungan­itu,ibukandung­atau mana-mana waris bayi berkenaan diminta tampil untuk membantu siasatan memandangk­an sehingga kinipihakJ­PKAtidakme­mperolehi sebarang maklumat mengenai ibu kandung bayi terbabit.

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, boleh menghubung­i Ruhani di talian 088-788630 atau datang terus ke Pejabat Perkhidmat­an Kebajikan Am Tuaran di bangunan Majlis Daerah Tuaran.

 ??  ?? ARIZ AIMAN
ARIZ AIMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia