Utusan Borneo (Sabah)

Sabah kerjasama dengan Indonesia

Untuk selamatkan badak sumatera ‘Tam’

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Kerjasama dengan negara Indonesia dalam usaha menyelamat­kan badak sumatera jantan yang terakhir di negara ini akan diteruskan.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, pihaknya akan mengadakan kunjungan ke Indonesia pada bulan Jun atau Julai depan bagi membincang­kan isu itu.

Menurutnya, isu berhubung keadaan badak sumatera jantan yang dipanggil Tam sentiasa diberi perhatian utama.

“Kunjungan kami ke sana bukan sahaja membincang­kan isu mengenai spesis badak sumatera, malah masalah membabitka­n hidupan liar lain juga akan dibangkitk­an.

“Saya harap usaha ini nanti akan membawa hasil yang baik memandangk­an Tam adalah badak sumatera jantan yang terakhir kita ada,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Sungkai Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar di sini pada Selasa.

Christina berkata, setiap hari laporan mengenai keadaan Tam akan dimaklumka­n kepadanya oleh Pengarah Jabatan Hidupan Liar Augustine Tuuga.

Dalam pada itu, beliau mahu tindakan tegas dikenakan kepada ‘dive master’ yang dilaporkan mengangkat terumbu karang hidup untuk disentuh oleh penyelam atau pelancong dalam kejadian di Pulau Sibuan Semporna minggu lepas.

Beliau berkata, tindakan sedemikian dianggap tidak profesiona­l dan terumbu karang hidup adalah aset yang ada di lautan negeri ini.

Sehubungan itu, beliau mahu pihak berkuasa mengenal pasti dive master terbabit agar tindakan tegas dikenakan ke atas mereka.

Turut hadir, Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Assaffal Alian.

 ??  ?? CHRISTINA (duduk, lima kanan), Assafal (duduk, lima kiri) dan tetamu kehormat lain bergambar bersama wakil media yang hadir pada majlis itu.
CHRISTINA (duduk, lima kanan), Assafal (duduk, lima kiri) dan tetamu kehormat lain bergambar bersama wakil media yang hadir pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia