Utusan Borneo (Sabah)

Belia digalak aktif sertai program keagamaan di masjid, surau

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Golongan belia digalakkan supaya aktif menyertai program anjuran masjid dan surau bagi mengeratka­n perpaduan serta hubungan sesama penduduk tanpa batas usia.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Arunarnsin Taib berkata peranan belia ke arah menyumbang kepada kualiti mengimarah­kan masjid tidak dapat dinafikan. Mereka adalah generasi pelapis kepada kepimpinan masa hadapan.

“Masjid atau surau yang dikunjungi belia akan ‘hidup’ dan memiliki ‘rohnya’ tersendiri. Kehadiran mereka mampu memberi impak positif kepada kelangsung­an institusi masjid,” katanya.

Beliau yakin pemuafakat­an yang dijalinkan membolehka­n belia dipandu arah dengan aktiviti yang sihat, minda berteraska­n iman dan ketakwaan sebagai benteng penyakit sosial kronik.

“Ini juga akan memupuk kecintaan terhadap majlis ilmu, menyemarak­kan kehebatan masjid dengan kehadiran mereka sebagai jemaah dan penggerak masjid. Saya meminta golongan belia ini mendekatka­n diri dengan masjid dan surau sekali gus menyertai program serta aktiviti yang dianjurkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaik­an sumbangan kepada 148 ibu tunggal, orang kelainan upaya, asnaf, warga emas dan penerima bantuan dari Pusat Zakat Sabah di Masjid Jurul Hikmah Kampung Sungai Tiram, petang Selasa.

Arunarnsin turut berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib bersama masyarakat Islam di kawasan itu.

Padasebela­hpagi,beliauturu­t menyampaik­an sumbangan kepada 33 orang golongan sama di Kampung Semawang.

Dalam majlis itu, Arunarnsin yang juga Adun Gum-Gum menyeru jawatankua­sa masjid dan surau di kawasan berkenaan agar memperbany­akkan program atau aktiviti keagamaan bagi membantu memperting­katkan perpaduan dalam kalangan masyarakat terutamany­a golongan belia.

“Program keagamaan merupakan saluran terbaik untuk memupuk hubungan baik dan semangat kerjasama,” katanya.

Beliau menjelaska­n amat penting sekali melibatkan golongan belia kerana cabaran sosial hari ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan oleh masyarakat.

“Lihat sahaja golongan belia kita hari ini yang mudah terpengaru­h oleh maklumat dan pengaruh media sosial yang disebarkan pihak yang sengaja mahu memesongka­n akidah belia Islam kita,” katanya.

Beliau berkata bagi kelompok belia yang cetek ilmu agamanya, pasti akan mudah mempercaya­i dakyah memesongka­n akidah yang tidak berlandask­an alQuran dan sunah.

 ??  ?? ARUNARNSIN menyampaik­an sumbangan kepada golongan asnaf di Kampung Semawang.
ARUNARNSIN menyampaik­an sumbangan kepada golongan asnaf di Kampung Semawang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia