Utusan Borneo (Sabah)

Penunggang motosikal maut, disyaki akibat dilanggar

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Seorang penunggang motosikal yang disyaki dilanggar sebuah pacuan empat roda di Batu 9 Jalan Apas di sini, kirakira jam 7.40 malam Selasa, dilaporkan sudah meninggal dunia.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau Supt Nor Azizulkifl­i Mansor berkata mangsa dikenali sebagai Tasius Tallu, 40, dan seorang pekerja am di sebuah ladang sawit.

“Mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 6.50 pagi Rabu di hospital akibat kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata pemandu pacuan empat roda yang disyaki sebagai suspek utama kes kemalangan itu pula, peniaga, lelaki, 33, dilaporkan tidak mengalami sebarang kejadian.

Menurutnya, siasatan awal polis menunjukka­n kemalangan terbabit berlaku akibat tindakan pemandu kenderaan mengubah haluan kenderaan sebelum terlanggar mangsa.

“Suspek dilaporkan dalam perjalanan dari Bandar Sri Indah (BSI) Batu 10 Jalan Apas menghala ke Bandar Tawau sebelum mengubah haluannya semasa di Batu 9 Jalan Apas.

“Tindakan suspek memasuki lorong kiri dari lorong kanan dikatakan menjadi faktor menyebabka­nnya terlanggar mangsa yang turut berada di lorong jalan sama,” katanya.

Katanya sebelum kejadian terbabit, mangsa dilaporkan menunggang motosikaln­ya dan dalam perjalanan menuju ke Batu 8 Jalan Apas dari arah yang sama dengan suspek.

Nor Azizulkifl­i berkata, impak kemalangan itu mengakibat­kan mangsa mengalami kecederaan parah dan dihantar ke wad kecemasan Hospital Tawau untuk menerima rawatan.

“Buat masa ini, siasatan kes masih diteruskan dan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) (A) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

 ??  ?? BAHAGIAN belakang motosikal Tasius mengalami kerosakan teruk akibat impak kemalangan itu.
BAHAGIAN belakang motosikal Tasius mengalami kerosakan teruk akibat impak kemalangan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia