Utusan Borneo (Sabah)

16 pemilik gerai makanan bazar Ramadan dikompaun

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Seramai 16 pemilik gerai makanan di bazar Ramadan di sini telah diberikan notis kompaun oleh Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan atas beberapa kesalahan.

Pegawainya Dr Johari Awang Besar berkata ia termasuk dua kesalahan tidak mematuhi kehendak berhubung tugas-tugas am pemilik premis, empat kesalahan tidak mematuhi kehendak berhubung latihan pengendali makanan serta 10 kesalahan tidak mematuhi peraturan pakaian pengendali makanan.

Katanya, notis kompaun itu mengikut Seksyen 32B Akta Makanan 1983 kerana dikesan melanggar PeraturanP­eraturan Kebersihan Makanan 2009 dengan nilai kompaun antara RM100 dan RM1,000.

“Hasil penguatkua­saan, pihak kita juga telah mengambil sebanyak 11 sampel makanan untuk dianalisa mikrobiolo­gi dan masih menunggu keputusan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mengulas lanjut, Dr Johari berkata setakat ini, pihaknya dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) telah memeriksa sebanyak 273 gerai dengan 551 pengendali makanan di lapan lokasi bazar Ramadan sekitar sini.

Pemeriksaa­n itu telah dijayakan seramai 25 penolong pegawai persekitar­an yang membabitka­n lima kumpulan dari Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan serta pegawai penguatkua­sa Kesihatan Awam dari PBT.

“Tumpuan operasi pada tahun ini adalah khusus kepada peniaga yang menyedia dan menjual juadah di bazar-bazar Ramadan di sekitar Bandar Sandakan.

“Justeru, orang ramai dinasihatk­an agar bijak memilih makanan yang bersih dan selamat. Ia bagi mengelak berlakunya kejadian penyakit bawaan makanan seperti kes keracunan makanan, kolera, kepialu dan lain-lain,” katanya.

 ??  ?? PEMERIKSAA­N terhadap pemilik gerai bazar Ramadan.
PEMERIKSAA­N terhadap pemilik gerai bazar Ramadan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia