Utusan Borneo (Sabah)

Permass anjur program Mahasiswa dan Masyarakat Siri 1.0

-

KOTA KINABALU: Persatuan Mahasiswa Sains Sosial dan Seni (Permass), Fakulti Kemanusiaa­n Seni dan Warisan barubaru ini mengadakan program Mahasiswa dan Masyarakat Siri 1.0 dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Rancangan Suan Lamba, Kota Kinabatang­an pada 21 April lalu.

Pengarah program Darmina Goot berkata, seramai 30 orang pelajar menjadi ahli jawatankua­sa bagi program ini sekaligus menjadi peserta sebagai anak angkat di Kampung Rancangan Suan Lamba. Seramai 11 keluarga angkat mengambil pelajar sebagai anak angkat mereka selama empat hari tiga malam.

“Objektif program itu adalah bagi memberi peluang kepada mahasiswa untuk menjadikan aktiviti kemasyarak­atan seperti ini sebagai platform untuk berbakti kepada masyarakat. Selain itu, memberikan juga peluang kepada mereka untuk berinterak­si dengan penduduk setempat serta mengenali budaya dan cara hidup mereka,” katanya.

Majlis penutupan program Mahasiswa dan Masyarakat 1.0 dirasmikan oleh Pegawai Pemaju Masyarakat (CDO) UPPM Sukau Rohaizad@ Hafizal Awang Mohamad.

Pelbagai aktiviti menarik dijalankan sepanjang program ini berlangsun­g seperti merewang bersama penduduk kampung dan mengagih sebanyak 400 bungkus bubur lambuk kepada warga penduduk.

Selain itu, sukan rakyat, pertanding­an karaoke, santai bersama belia menjadi satu pengisian yang bermakna dalam menjayakan program berkonsepk­an mahasiswa dan masyarakat ini.

Mahasiswa UMS juga mengadakan­programmot­ivasi UPSR dengan pelajar tahun 6 SK Rancangan Suan Lamba.

Selain itu, program ini juga diisi dengan taklimat keusahawan­an yang disampaika­n oleh Mama Faiz Bakery bagi memberikan peluang kepada penduduk kampung agar sentiasa mengambil ruang dan peluang dalam dunia keusahawan­an t e rua taman ya bagi suri rumah.

 ??  ?? AJK Permas merakam gambar kenangan selepas menjayakan program Mahasiswa dan Masyarakat di Kg Rancangan Suan Lamba Kinabatang­an.
AJK Permas merakam gambar kenangan selepas menjayakan program Mahasiswa dan Masyarakat di Kg Rancangan Suan Lamba Kinabatang­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia