Utusan Borneo (Sabah)

FSMP UMS adakan Ekspo Inovasi Makanan

-

KOTA KINABALU: Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengendali­kan Ekspo Inovasi Makanan buat kali kedua dengan jayanya pada 25 April lalu bertempat di FSMP, UMS.

Ekspo berkenaan adalah acara tahunan FSMP yang melibatkan pelajar-pelajar tahun ketiga dari program HS04, Sains Makanan dan Pemakanan.

Ekspo mempamerka­n dan menunjukka­n inovasiino­vasi makanan yang dilakukan oleh pelajarpel­ajar tahun ketiga FSMP sebagai Projek Tahun Akhir mereka.

Antara dif-dif kehormat yang hadir pada hari itu ialah Dekan FSMP Prof. Dr. Sharifudin Md. Shaarani, Pengurus Syarikat Adabi Sabah Mohd Zahariah dan pensyarah-pensyarah FSMP.

Dengan slogan ‘Innovate Idea for A Better Future,’ idea utama ekspo adalah untuk memanfaatk­an pemikiran kreatif para pelajar dalam menggunaka­n pengetahua­n dan ilmu yang mereka pelajari.

Pelajar-pelajar tahun ketiga FSMP bagi program HS04 perlu tampil dengan produk makanan yang mempunyai potensi yang tinggi serta dapat dimanfaatk­an penggunaan­nya.

Ekspo ini yang membabitka­n Projek Tahun Akhir bukan sahaja sebagai latihan untuk para pelajar sebelum ke alam pekerjaan tetapi juga melatih mereka untuk melakukan proses penulisan kertas kerja sehinggala­h penghasila­n prototaip.

Ekspo ini juga diadakan bagi melatih kemahiran insaniah para pelajar iaitu kemahiran-kemahiran luar teknikal seperti kemahiran kepimpinan, kerjasama antara ahli kumpulan dan cara pembentang­an. Tidak lupa juga, ekspo ini melatih para pelajar untuk ‘menjual’ idea mereka.

 ??  ?? SESI bergambar antara pemenang dalam Ekspo Inovasi Makanan FSMP 2019.
SESI bergambar antara pemenang dalam Ekspo Inovasi Makanan FSMP 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia