Utusan Borneo (Sabah)

Pertanding­an Kesenian Interkolej bagi Kategori Nasyid

-

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Bahagian Kebudayaan dan Kesenian, Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) mengadakan Pertanding­an Kesenian Interkolej bagi Kategori Nasyid pada 3 Mei lalu bertempat di Anjung Siswa, JHEP, UMS. Penyelaras bengkel ini adalah Norain Abdul Razak.

Pertanding­an kesenian interkolej ini adalah satu program kebudayaan dan kesenian yang akan melibatkan kolej kediaman, dan NR bagi pelajar UMS. Setiap kolej akan bersaing untuk merebut gelaran juara dalam pertanding­an ini, sekaligus akan mewakili universiti ke peringkat yang lebih tinggi.

Pertanding­an ini diadakan pada setiap semester dan dijadikan acara tahunan anjuranBah­agianKebud­ayaan dan Kesenian, JHEP UMS.

Pada kali ini pertanding­an yang akan diadakan adalah pertanding­an nasyid berkumpula­n dan solo. Pertanding­an ini bertujuan mencungkil bakat pelajar untuk diketengah­kan dalam pertanding­an yang berprestij tinggi.

Dengan harapan pertanding­an kali ini akan berjalan seperti yang dirancang dan mencapai KPI yang diamanahka­n oleh universiti. Pihak Bahagian Kebudayaan dan Kesenian, JHEP juga berbesar hati agar program ini dapat diadakan lagi di masa akan datang.

Peserta terdiri daripada kumpulan nasyid Kolej Kediaman Tun Mustapha, Kolej Kediaman Tun Fuad, Kolej Kediaman Excellent dan Kolej Kediaman Ecopark. Pertanding­an ini terbahagi kepada dua iaitu solo dan berkumpula­n. Pemenang bagi johan Keseluruha­n dimenangi oleh Kolej Kediaman Tun Mustapha.

Bagi kategori berkumpula­n, johan dimenangi Kolej Kediaman Tun Mustapha, naib johan daripada Kolej KediamanEx­cellentman­akala tempat ketiga jatuh kepada Kolej Kediaman Tun Fuad.

Bagi kategori solo terbaik dimenangi peserta daripada Kolej Kediaman Ecopark. Hadiah disampaika­n Ketua Bahagian Kebudayaan dan Kesenian, JHEP Alan James.

 ??  ?? KOLEJ Kediaman Tun Mustapha johan bagi kategori berkumpula­n.
KOLEJ Kediaman Tun Mustapha johan bagi kategori berkumpula­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia