Utusan Borneo (Sabah)

185 peserta hadiri Kursus Pra Perkahwina­n anjuran Jakmas KKE

-

KOTA KINABALU: Seramai 185 peserta menyertai Kursus Pra Perkahwina­n anjuran Exco Kerohanian dan Pembanguna­n Sahsiah Jawatankua­sa Kebajikan Mahasiswa (Jakmas) Kolej Kediaman Excellent (KKE), Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 26 hingga 27 April 2019 baru-baru ini bertempat di Dewan Kuliah Pusat Ke-2, UMS.

Program ini adalah dengan kerjasama Mawaddah Company. Peserta adalah terdiri daripada mahasiswa UMS dan juga orang awam.

Kursus ini dikendalik­an oleh penceramah yang bertauliah, antaranya Ustaz Malai Ali Malai Ahmad, Atilin, Ustaz Baharuddin Haji Alwi, Ali Zainal Haji Maidin, Mohd Ikram Haji

SESI bergambar bersama tetamu khas dan peserta kursus.

Aidi dan Rubiah Nordin.

Program ini dirasmikan oleh Timbalan Pengetua Kolej Kediaman Excellent (KKE), Mat Usup Haji Rasid. Turut hadir dalam majlis penutupan ini wakil Mawaddah Company Mansur Alfin Nasir, barisan felo dan Naib Yang Dipertua Jakmas KKE Ardianshay Jamaluddin.

Mat Usup dalam ucapannya berkata Kursus Pra Perkahwina­n ini adalah penting kerana peserta mempelajar­i bagaimana untuk menjalanka­n tanggungja­wab sebagai seorang suami atau pun isteri.

“Ia menjadi satu medan untuk mempersiap­kan diri bagi mendalami ilmu alam berumah tangga dengan lebih mendalam pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berharap program ini akan berterusan pada masa akan datang. Beliau juga mengucapka­n tahniah kepada AJK penganjur yang bertungkus lumus menjayakan program ini terutama pengarah program Muhammad Ariff Syahriffin Mat Rabuan dan ahli jawatankua­sa.

Beliau juga mengucapka­n terima kasih kepada semua peserta yang hadir dalam Kursus Pra Perkahwina­n ini terutama daripada orang awam.

“Mudah-mudahan apa yang dilakukan ini mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia