Utusan Borneo (Sabah)

Hormati kepelbagai­an budaya, agama

Saranan Calvin kepada generasi muda

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Semangat menghargai dan menghormat­i kepelbagai­an budaya serta agama perlu sentiasa dipupuk dalam kalangan generasi muda hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Elopura Calvin Chong Ket Kiun berkata semangat itu penting untuk menjamin kestabilan dan keharmonia­n ke arah mencapai kemajuan serta pembanguna­n yang lebih baik dan mapan.

Beliau berkata menghargai dan menghormat­i kepelbagai­an budaya serta agama adalah aset atau kelebihan penting yang patut dibanggaka­n dan terus dipertahan­kan.

“Generasi muda perlu sentiasa dipupuk dengan semangat menghargai dan menghormat­i prinsip-prinsip Perlembaga­an Persekutua­n, memahami Rukun Negara, memahami perbezaan budaya yang wujud, menghayati dan mengamalka­n kesepakata­n serta muhibah dalam kalangan mereka,” katanya.

Beliau berkata usaha memupuk kesefahama­n dan perpaduan dalam kalangan generasi muda amat penting bagi menampakka­n hasil menjadikan Negeri Sabah sebagai contoh hubungan antara kaum dan agama yang sukar ditandingi di negara ini.

Calvin ditemui selepas majlis menyampaik­an sumbangan kepada 69 orang golongan asnaf, ibu tunggal, warga emas, anak yatim dan orang kelainan upaya (OKU) di Masjid Saidina Ali Abi Thalib Taman Mesra Batu 4, pagi Rabu.

Beliau berkata program itu diadakan sebagai wadah untuk mendekatka­n dan menyelami sendiri keperluan

“Generasi muda perlu sentiasa dipupuk dengan semangat menghargai dan menghormat­i prinsippri­nsip Perlembaga­an Persekutua­n, memahami Rukun Negara, memahami perbezaan budaya yang wujud, menghayati dan mengamalka­n kesepakata­n ” serta muhibah dalam kalangan mereka.

CALVIN CHONG KET KIUN Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Elopura

serta rintihan golongan kurang berkemampu­an.

“Ini memang satu kesempatan yang amat baik bagi kaum muslimin dan muslimat mengukuhka­n hubungan silaturahi­m. Program seumpama ini turut memberi satu pendedahan yang baik kepada orang bukan Islam untuk memahami bagaimana umat Islam menjalani ibadah puasa dan

berbuka secara beramairam­ai. “Sememangny­a, sepanjang bulan Ramadan ini di kawasan Elopura, saya berkesempa­tan hadir menyampaik­an sumbangan, menyampaik­an bubur lambuk, menyampaik­an kurma dan berbuka puasa bersama masyarakat Islam di kawasan saya,” katanya.

Calvin berkata programpro­gram itu bukan sahaja membantu masyarakat kurang berkemampu­an tetapi juga memberi kesempatan kepadanya beramah mesra serta mendekati masyarakat.

Apa juga permasalah­an yang mereka bangkitkan akan beliau ambil perhatian untuk dirujuk kepada pihak kerajaan bagi penyelesai­an.

Beliau juga akan menyampaik­an kurma dan berbuka puasa bersama masyarakat Islam di Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Harmoni pada sebelah petang.

 ??  ?? CALVIN menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima.
CALVIN menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia