Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 20 anak istimewa Quranis dirai

- Oleh HAMZAH SANUDIN

TAWAU: Lebih 20 anak istimewa dirai dalam Majlis Khatam Al-Quran yang dianjurkan oleh Akademi Quranis dan Sahabat Faqeh, di sini.

Penasihat Persatuan Sahabat Faqeh Tawau Hj Ak Jiar Pg Hj Durahman berkata kelahiran anak istimewa itu merupakan satu rahmat yang telah diberikan kepada ibu bapa dan juga orang yang berada di sekeliling­nya.

“Dengan adanya anak-anak istimewa ini, kita berpeluang mendapatka­n pahala daripada Allah SWT. Para ibu bapa dan masyarakat pula tidak perlu menyisihka­n ataupun menyembuny­ikan mereka tetapi beri pendidikan yang sepatutnya kepada anak-anak ini,” katanya.

Menurutnya, anak-anak berkenaan perlu diterapkan dengan ilmu al-Quran kerana mempelajar­i ilmu itu menjadi terapi yang baik dan berkesan untuk perkembang­an mereka.

Beliau juga sangat terharu dengan pengorbana­n yang telah diberikan pengerusi dan asatizah dari Akademi Quranis kerana memperjuan­gkan pendidikan al-Quran kepada anak-anak berkenaan.

“Tahniah kerana berjaya mendidik anak-anak istimewa terutamany­a anak-anak yang dirai pada hari ini, kerana telah menunjukka­n kebolehan membaca ayat-ayat suci alQuran” katanya.

Pengerusi Akademi Quranis Hjh Norasmah Mohd Basri berkata ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa tidak perlu risau kerana anak-anak berkenaan juga mempunyai kebolehan yang tersendiri, sebaliknya beri merekapend­idikanteru­tamanya pendidikan al-Quran.

“Ibu bapa perlu menitikber­atkan pendidikan al-Quran kepada anak-anak mereka kerana mengikut kajian, pendidikan ini mampu memberikan impak yang baik kepada mereka,” katanya.

Beliau juga berharap Quranis Tawau akan didaftarka­n sebagai madrasah seperti pendidikan agama yang lain dan menjadi madrasah yang pertama untuk golongan yang berkeperlu­an khas.

Majlis Khatam Al-Quran itu telah dipimpin oleh Ustaz Zulkarnain Zulkifli dan majlis diserikan dengan persembaha­n lagu Ramadan dan Zikir daripada anak-anak istimewa terlibat.

 ??  ?? PELAJAR Quranis bergambar kenangan bersama tetamu majlis.
PELAJAR Quranis bergambar kenangan bersama tetamu majlis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia