Utusan Borneo (Sabah)

MAIWP sumbang RM15,000 kepada pesakit Hospital Labuan

-

LABUAN: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (MAIWP) menyampaik­an sumbanganR­M15,000kepada pesakit Hospital Labuan bagi meringanka­n beban untuk menyambut Ramadan.

Penyampaia­n sumbangan itu disempurna­kan oleh Pengerusi Perbadanan Labuan Datuk Seri Amir Hussein kepada Pengarah Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari.

Hadir sama ialah Pengurus MAIWP Cawangan Labuan Ahmad Saifuddin Md Tahir.

Ia dilaksanak­an pada Program Penyampaia­n Sumbangan Kepada Pesakit di Hospital Labuan Sempena Ramadan AlMubarak MAIWP Cawangan Labuan.

Berucap pada majlis itu, Amir berkata pihak MAIWP menjadi agensi utama dalam usaha penyaluran zakat kepada asnaf agar dapat membantu lebih ramai lagi golongan sasar terutamany­a asnaf dari aspek perubatan dan peralatan kesihatan.

“Saya juga berharap agar parapesaki­tyangdiban­tupada kali ini dapat memanfaatk­an bantuan itu dan penghargaa­n kepada pihak Hospital Labuan kerana sentiasa memberikan perkhidmat­an yang terbaik dalam membantu merealisas­ikan agenda jabatan lain untuk tujuan perubatan dan kebajikan kepada para pesakit khususnya asnaf di sekitar Labuan,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Saifuddin berkata adalah menjadi agenda utama dan keutamaan bagi MAIWP sebagai sebuah institusi yang diamanahka­n mengagihka­n wang zakat di Wilayah Persekutua­n untuk menyalurka­n zakat kepada asnaf yang memerlukan mengikut kelayakan dan bantuan yang bersesuaia­n.

Katanya pihak MAIWP turut menyediaka­n Skim Bantuan Perubatan Am berbentuk bulanan dan juga peralatan kesihatan bagi sokongan para pesakit mengikut keperluan masingmasi­ng dan juga Skim Bantuan Khas kanak-kanak orang kelainan upaya yang baru juga dilancarka­n pada 15 Januari lepas.

Menurutnya skim bantuan itu sememangny­a dapat meringanka­n beban para pesakit khasnya para asnaf yang terpaksa menanggung kos rawatan yang sangat tinggi.

“Oleh itu, sebagai pemegang amanah para pembayar zakat, MAIWP telah menyediaka­n 28 skim bantuan yang pelbagai yang meliputi aspek kebajikan, pendidikan dan peningkata­n sosio ekonomi para asnaf yang memerlukan,” katanya.

Pada majlis itu, MAIWP turut menyalurka­n bantuan kewangan kepada Tabung Kebajikan Hospital Labuan sebanyak RM50,000 bagi kegunaan perkhidmat­an rawatan perubatan yang melibatkan golongan asnaf pada tahun ini.

TEPPO

-Oleh YUSOP

 ??  ?? AMIR menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang pesakit Hospital Labuan.
AMIR menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang pesakit Hospital Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia