Utusan Borneo (Sabah)

Guru ikon kebijaksan­aan masyarakat

16 Mei setiap tahun adalah tarikh keramat setiap guru

-

SEMENJAK zaman Socrates sehingga sekarang, tugas guru tidak pernah berubah.

Guru terus memberi panduan kepada muridmurid­nya bagaimana mengimarah dunia ke arah lebih baik, selain turut menjadi ikon kebijaksan­aan dalam sesebuah masyarakat.

Tarikh 16 Mei setiap tahun adalah tarikh keramat para guru, kerana tarikh itu dipilih sebagai tarikh Hari Guru di Malaysia. Ia diwujudkan sebagai tanda terima kasih kepada para guru yang bertungkus lumus mendidik anak watan ke puncak kecemerlan­gan.

Memandangk­an pada tahun ini tarikh 16 Mei jatuh pada 11 Ramadan 1440 Hijrah, SK Sembirai mencari inisiatif untuk meraikan Hari Guru peringkat sekolah pada 30 April lepas, bagi memberi peluang kepada warga sekolah, PIBG dan murid-murid SK Sembirai dalam meraikan hari yang berbahagia itu.

Pengerusi Penyelaras Kelab Staff SK Sembirai Mohd Shahfizul Hj Ahmad Karim berkata, program itu diawalkan apabila pihaknya melihat daripada tanggapan pelajar, bahawa guru adalah rakan untuk berbincang dan meluahkan perasaan selain daripada mengajar subjek tertentu di dalam kelas.

“Justeru, kami mempertimb­angkan harapan murid-murid yang sejak awal lagi membayangk­an kemeriahan Hari Guru, demikian juga dengan PIBG yang terus memberi komitmen dalam setiap perancanga­n sekolah, maka kami sebuat suara membuat keputusan demikian,” katanya.

Menurutnya, untuk memeriahka­n lagi hari itu, pihaknya telah

berkolabor­asi dengan PIBG merancang pelbagai aktiviti seperti Perlawanan Persahabat­an Bola Tampar dan Pertanding­an Gubahan Buah-buahan yang ternyata mendapat sambutan hangat daripada kalangan guru.

“Meskipun sambutan Hari Guru adalah untuk mengiktira­f jasa guru itu sendiri, kami berpendapa­t tiada salahnya pihak lain seperti murid-murid sekolah kami dan ahli PIBG bersama-sama meraikanny­a. Dengan cara

ANTARA warga SK Sembirai yang merayakan Sambutan Hari Guru.

itu, tali silaturahi­m antara kami pasti sentiasa kuat dan kukuh,” katanya.

Antara tujuan program sambutan Hari Guru adalah untuk menghargai jasa serta pengorbana­n guru dalam mendidik anakanak ke arah menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, fizikal, rohani dan jasmani di samping memperheba­tkan lagi usaha dalam meningkatk­an lagi kualiti kehidupan.

Guru Besar SK Sembirai Mudin Mohamad berkata, tema sambutan Hari Guru tahun ini iaitu ‘Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi’ amat sesuai dengan masanya, kerana peranan guru pada masa kini amat mencabar berbanding dahulu.

“Dunia amat memerlukan guru. Itulah realitinya. Dalam konteks negara kita, dasar langit terbuka telah mengubah minda pelajar dengan cepat daripada taat kepada ajaran guru pada masa lalu, kepada bersifat skeptik pada masa sekarang.

“Di sinilah tugas guru sebagai obor yang membawa kebenaran dengan penuh hemah dan ketabahan diperlukan. Tanpa sikap demikian, kualiti pendidikan kita tidak akan sampai ke mana, malah murid-murid yang kelak menjadi ahli masyarakat tidak mampu menyumbang apa-apa,” katanya.

Mengulas pemilihan 30 April sebagai sambutan Hari Guru peringkat sekolah, Mudin memberitah­u hal itu memperliha­tkan betapa persefaham­an antara warga sekolah, murid-murid dan PIBG adalah ibarat isi dengan kuku.

“Hal-hal positif akan berlaku dengan adanya kerjasama. Saya nampak semenjak SK Sembirai mengadakan pelbagai kegiatan yang melibatkan pihak berkenaan (guru, murid-murid dan PIBG), peningkata­n keputusan UPSR kita beranjak naik. Itu tidak dapat dinafikan,” katanya.

 ??  ?? MUDIN (lima dari kanan) bersama sabahagian guru SK Sembirai.
MUDIN (lima dari kanan) bersama sabahagian guru SK Sembirai.
 ??  ??
 ??  ?? GURU Kaunseling SK Sembirai Mohd Khaidir Harun bersama rakan bergaya di pentas SK Sembirai.
GURU Kaunseling SK Sembirai Mohd Khaidir Harun bersama rakan bergaya di pentas SK Sembirai.
 ??  ?? ANTARA murid SK Sembirai yang meraikan Sambutan Hari Guru.
ANTARA murid SK Sembirai yang meraikan Sambutan Hari Guru.
 ??  ?? MOHD SHAHFIZUL
MOHD SHAHFIZUL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia