Utusan Borneo (Sabah)

Tautan Ukhuwah Ramadan bentuk modal insan seimbang

-

PROGRAM Tautan Ukhuwah Ramadan telah diadakan bermula pada 6 Mei hingga 21 Mei 2019 di Kolej Komuniti Tawau.

Program Tautan Ukhuwah Ramadan 2019 dikelolaka­n oleh Unit Pengurusan Psikologi dengan kerjasama Unit Pembanguna­n Pelajar dan Unit Pengajian Am sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan di samping mengimarah­kan bulan yang penuh keberkatan ini dengan melibatkan semua warga Kolej Komuniti Tawau.

Program itu dirancang sebagai salah satu usaha membentuk modal insan yang seimbang dan cemerlang di dunia dan akhirat.

Ia juga bertujuan membina, merapatkan serta mengekalka­n ukhuwah sesama pelajar, sesama staf, ukhuwah di antara staf dan pelajar dan yang penting sekali ialah ukhuwah warga Kolej Komuniti Tawau bersama komuniti setempat.

Pengisian program berbentuk serampang dua mata iaitu pelaksanaa­n aktiviti untuk mengimarah­kan bulan Ramadan dan aktiviti outreach komuniti.

Sepanjang Ramadan ini, aktiviti tadarus al-Quran telah dijalankan dengan tujuan mengajak masyarakat Islam menghayati proses ‘ajar dan belajar’ al-Quran bersama rakan sekerja atau dalam kumpulan.

Seterusnya, pertanding­an kuiz Ramadan, bacaan teks jawi dan pengurusan jenazah turut dilaksanak­an sebagai memenuhi objektif program iaitu menerangka­n konsep Islam sebagai cara hidup (ad-din), konsep akidah dan ibadah dalam Islam.

Melalui pertanding­an sedemikian, para pelajar memperoleh pendedahan dan pengalaman menghidupk­an bulan Ramadan secara amali serta praktikal.

Selain itu, pelajar berpeluang menunjukka­n penghayata­n mereka terhadap ajaran Islam. Seramai 32 pelajar telah terlibat sebagai peserta untuk semua pertanding­an yang dilaksanak­an sebagai langkah mengaplika­si konsep akhlak mahmudah dalam aktiviti kehidupan seharian serta peningkata­n usaha pembudayaa­n penghayata­n dalam ibadat berpuasa di bulan Ramadan.

Program Tautan Ukhuwah Ramadan 2019 telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Governan), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komunititi Ts Haji Mohamad Amin Hamat.

Aktiviti outreach komuniti adalah tradisi memasak bubur jagung @berobok secara gotong-royong untuk diedarkan kepada orang ramai pada setiap kali tiba bulan Ramadan.

Selain bubur berobok, penghasila­n biskut juga telah dijalankan untuk sumbangan kepada komuniti sekitar Kolej Komuniti Tawau.

Pengarah Kolej Komuniti Tawau Sofian Mohd berakta, aktiviti outreach komuniti bukan sahaja menyaksika­n keberadaan warga Kolej Komuniti Tawau kepada masyarakat setempat bahkan ia juga memupuk sifat bersedekah.

“Di samping itu, majlis Khatam al-Quran turut dijalankan sebelum majlis perasmian penutupan Program Tautan Ukhuwah Ramadan bermula,” katanya.

Sesi pengedaran bubur berobok itu bermula pada jam 4.30 petang melibatkan pengurusan tertinggi, staf dan pelajar Kolej Komuniti Tawau.

Ia mendapat sambutan yang meriah daripada komuniti setempat yang lalu-lalang di sekitar premis Kolej Komuniti Tawau di mana dianggarka­n sebanyak 250 bekas bubur berobok beserta biskut telah diedarkan dalam tempoh 20 minit.

Dalam majlis perasmian itu, seramai 16 pelajar Kolej Komuniti Tawau telah menerima sumbangan Tabung Bantuan Pelajar yang terdiri daripada pelajar yang mempunyai latar belakang kurang berkemampu­an mahu pun anak-anak yatim.

Staf Kolej Komuniti Tawau mengambil inisiatif itu sebagai langkah untuk bersedekah kepada pelajar yang kurang berkemampu­an.

Banyak manfaat yang diperolehi hasil pelaksanaa­n Program Tautan Ukhuwah Ramadan 2019 dan program sedemikian diharap diteruskan pada tahun yang mendatang.

Di samping itu, dengan adanya program seperti itu, diharap tautan ukhuwah dan kerjasama yang erat di antara satu sama lain dapat dipertingk­atkan.

 ??  ?? PENYEDIAAN bubur berobok.
PENYEDIAAN bubur berobok.
 ??  ?? PENGHASILA­N bubur dan biskut untuk aktiviti outreach komuniti.
PENGHASILA­N bubur dan biskut untuk aktiviti outreach komuniti.
 ??  ?? ANTARA peserta pertanding­an Pengurusan Jenazah
ANTARA peserta pertanding­an Pengurusan Jenazah
 ??  ?? PENGEDARAN bubur berobok kepada komuniti .
PENGEDARAN bubur berobok kepada komuniti .
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia