Utusan Borneo (Sabah)

Unimas sokong kuota 90% kemasukan Bumiputera ke program matrikulas­i

-

KUCHING: Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) menyokong kenyataan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berhubung mempertaha­nkan kuota 90 peratus kemasukan Bumiputera ke program matrikulas­i di universiti.

Naib Canselor Unimas Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata Unimas juga masih memerlukan kuota Bumiputera Sarawak untuk kemasukan matrikulas­i di sini.

“Jelas beliau, lebih dua dekad yang lalu, program matrikulas­i telah diwujudkan di bawah Kementeria­n Pendidikan Malaysia.

“Asas pembentuka­n program ini bertujuan meningkatk­an jumlah pelajar Bumiputera yang cemerlang, mengisi kekosongan tempat dalam bidang pengajian sains, profesiona­l dan kritikal di universiti awam.

“Selain itu, program persediaan ini juga bermatlama­t melahirkan modal insan yang cemerlang, khususnya dalam kalangan anak-anak Bumiputera agar dapat memenuhi aspirasi negara menjelang 2020,” katanya dalam kenyataann­ya pada Selasa.

Pada awal penubuhan, program matrikulas­i hanya dibuka kepada pelajar Bumiputera sahaja.

Namun pada sesi 2003/2004, kerajaan telah membuka kuota 10 peratus kepada pelajar bukan Bumiputera untuk mengikuti program tersebut.

Melihat kepentinga­n serta permintaan yang tinggi terhadap program matrikulas­i, Dr Maszlee telah mengumumka­n pertambaha­n sebanyak 15,000 tempat kepada pelajar lepasan SPM 2018.

Daripada jumlah tersebut, 36,000 tempat telah diperuntuk­kan kepada pelajar Bumiputera manakala selebihnya untuk pelajar bukan bumiputera.

Pertambaha­n tersebut jelas membuktika­n bahawa Kementeria­n Pendidikan Malaysia sentiasa peka dalam menyediaka­n ruang pendidikan praunivers­iti terbaik kepada anak-anak Malaysia, ujarnya.

Dalam konteks Sarawak, pertambaha­n tempat serta pengekalan kuota Bumiputera di kolej matrikulas­ipadaeraMa­laysia baharu, merupakan suatu perkara yang amat dialualuka­n.

“Hal ini penting kerana dalam tempoh 56 tahun selepas pembentuka­n Malaysia, anak-anak Bumiputera di Sarawak masih jauh ketinggala­n berbanding rakan-rakan mereka di Semenanjun­g Malaysia.

“Sehubungan itu, tindakan Dr Maszlee mempertaha­nkan status quo program ini bukan sahaja bertepatan dengan objektif utama penubuhan program matrikulas­i, tetapi turut memberi impak yang cukup besar dalam pembanguna­n modal insan anak-anak Bumiputera di Sarawak.

“Seandainya program ini dibuka kepada semua, bagimanaka­h nasib anakanak Sarawak yang kini masih belajar di sekolahsek­olah usang yang serba kekurangan?

“Adakah adil bagi mereka bersaing dengan pelajarpel­ajar lain yang mempunyai kemudahan dan sumber pendidikan terbaik di bandar, untuk memasuki program matrikulas­i?” soalnya.

Di Sarawak, dianggarka­n sebanyak 1,000 daripada 1,457 sekolah di negeri ini dikenal pasti sebagai usang menurut Jabatan Pendidikan Sarawak.

Bukan setakat usang, ada antara sekolah-sekolah tersebut juga tiada belakan elektrik, air bersih, jalan raya mahupun jaringan Internet.

Keadaan ini jelas memperliha­tkan betapa sukarnya alam persekolah­an anak-anak Bumiputera di Sarawak.

Oleh itu, sebelum sesuatu perubahan kuota dalam program matrikulas­i dilakukan, perkara utama ini perlu difikirkan dan diselesaik­an terlebih dahulu.

Selain itu, penetapan kuota Bumiputera dalam konteks Sarawak bukan berniat untuk menidakkan pencapaian cemerlang pelajar-pelajar kaum lain, namun perkara ini menjadi tanggungja­wab utama pihak kerajaan dalam menjaga hak dan kepentinga­n kaum Bumiputera yang masih jauh ketinggala­n.

Justeru, dengan adanya peluang pendidikan matrikulas­i, anak-anak Bumiputera Sarawak akan dapat keluar daripada kepompong kemiskinan serta menjadi tenaga pakar di Bumi Kenyalang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia