Utusan Borneo (Sabah)

Teguk racun lepas marah

Lelaki yang ‘naik angin’ maut selepas dipercayai minum racun depan keluarga

-

KUCHING: Seorang lelaki yang dipercayai meneguk secawan racun serangga di hadapan ahli keluargany­a meninggal dunia semasa menerima rawatan di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (PJHUS) di sini, pada Isnin.

Difahamkan, mangsa yang dikenali sebagai Chai, 53, sebelum itu tiba-tiba ‘naik angin’ dan menghalau isteri serta dua anaknya dari rumah mereka di Kampung Siburan di sini sekitar jam 2 petang.

Isteri dan anak-anak mangsa bagaimanap­un enggan keluar menyebabka­n mereka dikumpulka­n di ruang tamu rumah tersebut dan mangsa teruskelua­rdarirumah­sebelum datang semula membawa sebotol racun serangga.

“Mangsa mengunci pintu dan kemudian menuang racun serangga tersebut ke dalam cawan kaca dan terus meminumnya.

“Kira-kira lima minit kemudian dia muntah dan pengsan menyebabka­n isterinya menghubung­i ahli keluarga lain untuk meminta bantuan,” kata sumber.

Ketua Polis Daerah Padawan Superinten­den Aidil Bolhassan semasa dihubungi mengesahka­n kejadian tersebut dan memberitah­u laporan polis juga telah dibuat oleh isteri mangsa.

“Mangsa dihantar oleh rakannya ke PJHUS dan telah disahkan meninggal dunia pada jam 3.50 petang semalam (Isnin) kerana meminum racun,” kata Aidil pada Selasa.

Menurutnya, siasatan lanjut juga telah dijalankan di tempat kejadian dan mendapati terdapat kesan muntah dan serpihan kaca di ruang tamu rumah tersebut.

“Menurut isteri mangsa, sebelum ini mangsa juga pernah bersikap marahmarah tanpa sebab dan rasa tidak tenteram tetapi tidak sampai cuba membunuh diri,” katanya.

Mayat mangsa telah dituntut oleh keluargany­a untuk upacara pengebumia­n selepas mereka enggan bedah siasat dijalankan. Mangsa meninggalk­an seorang isteri dan enam anak, di mana empat lagi anak mangsa bekerja di Singapura.

Mangsa mengunci pintu dan kemudian menuang racun serangga tersebut ke dalam cawan kaca dan terus meminumnya. Kirakira lima minit kemudian dia muntah dan pengsan menyebabka­n isterinya menghubung­i ahli keluarga lain untuk ” meminta bantuan. Menurut sumber

 ??  ?? KELIHATAN anggota polis menjalanka­n siasatan di tempat kejadian.
KELIHATAN anggota polis menjalanka­n siasatan di tempat kejadian.
 ??  ?? RACUN yang didakwa diminum oleh mangsa.
RACUN yang didakwa diminum oleh mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia