Utusan Borneo (Sabah)

Kemalangan jalan raya melibatkan kematian meningkat

-

BINTULU: Kadar kemalangan jalan raya melibatkan kematian di Bintulu meningkat kepada 14 kematian sehingga Mei tahun ini berbanding lima kematian tahun lalu seperti dilaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada mesyuarat keselamata­n di sini.

Residen Bahagian Bintulu Jack Aman Luat berkata peningkata­n mendadak itu memerlukan kempen dalam media serta inisiatif sektor swasta mendidik pengguna jalan raya sentiasa berhatihat­i serta mematuhi undangunda­ng jalan raya.

Katanya, kebelakang­an ini banyak kes melibatkan kemalangan jalan raya dan bagi Bintulu hampir setiap malam kemalangan direkodkan.

Beliau berkata, realiti menyedihka­n kadar kemalangan membabitka­n kematian terus meningkat menuntut kerajaan serius melaksanak­an langkahlan­gkah khas mengurang dan menyelesai­kan masalah ini.

“Isu utama di sini adalah sikap dan pemikiran pengguna jalan raya sewajarnya perlu mengikut peraturan bukan hanya untuk keselamata­n diri sendiri malah orang lain,” katanya pada Program #Shell Selamat Sampai Bersma Komuniti di Dewan Serba Guna Kampung Sungai Plan di sini pada Isnin.

Menurutnya, peraturan tidak memandu melebihi had laju, tidak menggunaka­n telefon bimbit ketika memandu, tidak melanggar peraturan lampu isyarat dan lalu lintas, tidak memandu dalam keadaan mabuk dan keutamaan penting melakukan pemeriksaa­n keselamata­n kenderaan, memandu dalam keadaan sihat, operasi bersepadu pihak berkuasa serta sentiasa peka keadaan jalan dalam pembinaan.

Beliau mengucapka­n terima kasih dan penghargaa­n atas usaha Shell MDS menganjurk­an program keselamata­n jalan raya seumpamany­a sebagai tanggungja­wab sosial korporat (CSR) dalam membantu kempen terbabit.

Dalam pada itu, Pengurus Peningkata­n Perniagaan Shell MDS Matthew Rentap Mandau berkata program itu untuk memperbaik­i sikap pengguna jalan raya agar keselamata­n ketika memandu di jalan raya diutamakan.

Katanya, keselamata­n adalah tanggungja­wab bersama dan kawasan Sungai Plan terdedah kepada bilangan kenderaan berat semakin bertambah termasukpe­ningkatanj­umlah pendudukny­a menuntut agar pengguna di kawasan itu sentiasa berhati-hati semasa di jalan raya.

 ??  ?? JACK (tiga kanan) diberi penerangan mengenai demonstras­i impak kemalangan dan keperluan
JACK (tiga kanan) diberi penerangan mengenai demonstras­i impak kemalangan dan keperluan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia