Utusan Borneo (Sabah)

BDA dapat kelulusan laksana dua projek sistem perparitan

-

BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) mendapat kelulusan melaksanak­an dua projek pembinaan sistem perparitan mengatasi masalah perparitan terutama banjir kilat di sini.

Dua rojek itu ialah pembinaan sistem perparitan di Nyabau Height bernilai RM5 juta dan cadangan pembinaan saliran utama alur keluar nombor tiga dan tujuh sepanjang Jalan Sibiyu di sini.

Pengurus Besar BDA Rodziah Morshidi berkata Lembaga Pengarah BDA meluluskan peruntukan RM5 juta pembinaan sistem perparitan di Nyabau Height dan melalui projek ini diharap penduduk terlibat tidak mengalami masalah banjir kilat.

Katanya, projek ini membabitka­n pembinaan parit sepanjang 827 meter dengan lebar 2.5 meter dan tinggi 3.5 meter dengan tempoh masa pembinaan 12 bulan.

“Projek ini belum ditender tetapi kami masih dalam proses perancanga­n dan dana diperuntuk­kan untuk tahun depan.

“Kami ingin memaklumka­n kepada awam bahawa BDA merancang projek ini untuk mengatasi masalah banjir kilat yang kerap berlaku di kawasan itu,” katanya di sini pada Isnin.

Beliau berkata, cadangan pembinaan saliran utama alur keluar nombor tiga dan tujuh sepanjang Jalan Sibiyu masih dalam proses tender dan ditutup pada 23 Mei ini.

“Projek perparitan di dua kawasan ini diharap dapat mengatasi masalah banjir kilat namun pelaksanaa­nnya mengambil masa kerana perlu melalui proses perancanga­n dan sebagainya,” jelas beliau.

Projek lain, kelulusan diberi sejumlah RM2 juta menaik taraf jalan dan parit di Kampung Jabai dengan keseluruah­annya merupakan tiga projek rakyat terbaharu dimasukkan dalam senarai projek pelaksanaa­n BDA.

Ketiga-tiga projek itu di bawah peruntukan Kerajaan Sarawak dilaksana BDA dan projek saliran utama alur keluar di Jalan Sibiyu bagi meningkatk­an keselesaan pengguna dan penduduk kawasan perumahan sepanjang jalan itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia