Utusan Borneo (Sabah)

18 barangan disenarai dalam Skim Harga Maksimum musim perayaan

-

KUCHING: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyenarai­kan 18 barangan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) bersempena Aidilfitri dan 14 barangan untuk Hari Gawai Dayak yang akan disambut pada Jun ini.

Pengarah KPDNHEP Sarawak, Datuk Stanley Tan berkata skim itu berkuat kuasa pada 25 Mei hingga 7 Jun untuk Hari Gawai dan 21 Mei hingga 19 Jun untuk Aidilfitri mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011.

Katanya barangan harga terkawal tersebut ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, telur ayam gred A, B dan C, daging lembu import, cilikering,tomato,kubisbulat import (Indonesia dan China kecuali jenis Beijing), kelapa biji, kelapa parut, bawang merah kecil (India), bawang besar import, bawang putih (China), ubi kentang import (China), ikan kembung dan ikan selayang.

Sempena perayaan Gawai, tiga lagi barangan di bawah SHMMP ialah babi hidup (dikawal di peringkat ladang), daging babi (perut) dan daging babi (daging dan lemak).

“Selain itu, peniaga juga perlu memastikan setiap alat timbang dan sukat yang digunakan untuk berniaga harus memiliki pelekat yang disertakan dengan tarikh luput ditentusah­kan, kapasiti timbang, dan nombor siri alat penimbang berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan program pemeriksaa­n alat timbang sukat di medan niaga Satok di sini pada Rabu.

Beliau berkata pengguna juga berhak untuk memastikan setiap penimbang yang digunakan oleh peniaga memiliki pelekat berkenaan serta tindakan undang-undang akan dikenakan ke atas peniaga yang memiliki dan menggunaka­n alat timbang dan sukat yang tidak ditentusah­kan oleh pihak KPDNHEP.

Katanya, pihak kerajaan dan agensi penguat kuasa memandang serius perkara ini supaya para peniaga sedar bahawa alat timbang mereka perlu ditentusah­kan dan undang-undang telah pun dikuatkuas­akan.

Beliau berkata sejak 1 Januari hingga 16 Mei tahun ini, sebanyak 137 kes rampasan alat timbang dan sukat di Sarawak telah dilaporkan dengan nilai rampasan RM68,725 dan nilai kompaun berjumlah RM27,950.

Peniaga boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 14 (6) Akta Timbang dan Sukat 1972 dengan denda tidak melebihi RM40,000 atau dipenjarak­an selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau alat timbang atau sukat boleh dirampas.

Tan berkata orang awam boleh menyuaraka­n sebarang pertanyaan atau aduan dengan menghubung­i pusat panggilan KPDNHEP di talian 1800 886 800.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia