Utusan Borneo (Sabah)

Kopeks agih 9 peratus dividen Agihan keuntungan babitkan sejumlah RM628,379

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah Berhad (Kopeks) mengagihka­n dividen 2017 kepada anggota sebanyak 9 peratus tahun ini berbanding 6 peratus pada tahun sebelumnya.

Pengerusin­ya Datuk Maznah Abdul Ghani berkata, agihan keuntungan itu melibatkan sejumlah RM628,379 iaitu satu peratus atas yuran dan lapan peratus atas saham.

“Sebenarnya, kita mampu membayar 15 peratus seperti 2015, namun pihak berkuasa koperasi Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM) meminta 9 peratus kali ini.

“Angka agihan dividen ini kita kekalkan dalam koperasi untuk kita menjana

“Sebenarnya, kita mampu membayar 15 peratus seperti tahun 2015, namun pihak berkuasa koperasi Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM) meminta 9 peratus kali ini. Angka agihan dividen ini kita kekalkan dalam koperasi untuk kita menjana modal perniagaan.” DATUK MAZNAH ABDUL GHANI, Pengerusi Kopeks

modal perniagaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Agihan Dividen 2017, di sini pada Rabu.

Maznah berkata, agihan dividen itu berlaku setiap tahun sejak 10 tahun lepas, yang mana Kopeks mencatat keuntungan berterusan dari 2009 hingga tahun ini.

Katanya, sejak 2009 hingga 2016, Kopeks sudah membayar dividen tunai kepada anggota sebanyak RM6.9 juta.

“Dalam tempoh 2009 hingga 2018, Kopeks telah mengeluark­an pinjaman keseluruha­n sebanyak RM207.72 juta dengan mencatat untung terkumpul berjumlah RM27.179 juta.

“Kini, akaun Kopeks mencatat untung positif, tiada lagi rugi terkumpul RM24 juta lepas yang dialami sebelum 2005,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata lebih 400 orang melibatkan RM4.5 juta disalurkan oleh Kopeks bagi membantu anggotanya menyelesai­kan beban kewangan, sekali gus memulihkan ekonomi dan kebajikan keluarga melalui pinjaman khas.

Katanya, melalui tanggungja­wab sosial korporat Kopeks pula, seramai 346 anak-anak anggota yang lulus cemerlang dalam PMR dan SPM menerima insentif dengan jumlah keseluruha­n sebanyak RM80,700 sejak 2013 hingga 2018.

Menurutnya, pencapaian dan kejayaan itu adalah hasil komitmen anggota dalam berkoperas­i sehingga menjadikan Kopeks tersenarai dalam Indeks Koperasi 100 Terbaik di Malaysia.

Sementara itu, Kopeks juga dalam perancanga­n mewujudkan sebuah perumahan Kopeks pada masa hadapan bagi keperluan penjawat awam yang baru menyertai ahli koperasi.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kopeks Buvil Angkui dan Bendahari Kopeks Mat Salleh @Awang Sapong.

 ??  ?? MAZNAH (lima kanan) menyampaik­an dividen kepada salah seorang penerima sebagai gimik perasmian pada Majlis Agihan Dividen 2017.
MAZNAH (lima kanan) menyampaik­an dividen kepada salah seorang penerima sebagai gimik perasmian pada Majlis Agihan Dividen 2017.
 ??  ?? SEBAHAGIAN penerima dividen merakam gambar kenangan bersama dengan tetamu kehormat pada majlis berkenaan.
SEBAHAGIAN penerima dividen merakam gambar kenangan bersama dengan tetamu kehormat pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia